PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022

PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Sebelum Oktober 2022

PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022

Bila Ismail Sabri akan mengadap YDP Agong untuk menasihati baginda supaya membubarkan parlimen terus menjadi teka-teki.

Ismail Sabri sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang di anggap ‘flip flop’ apabila bercakap mengenai PRU 15.

Dalam PAU 2020, beliau memberikan janji untuk tidak melewatkan walau sesaat pun apabila telah tiba masa yang sesuai untuk mengadakan PRU 15.





Namun, beberapa detik selepas itu, apabila diasak oleh wartawan, beliau dilihat membuat ‘u-turn’.

Beliau menyatakan akan berunding dengan kabinet sebelum membuat keputusan.

Walau pun sebelum itu di hadapan perwakilan PAU 2020, beliau berjanji akan berunding dengan ‘top five’ UMNO untuk menentukan tarikh PRU 15.

Sewaktu lawatan kerja beliau ke Jepun, beliau sekali lagi beralasan.

Beliau menyatakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan PRU 15 kerana negara sedang menghadapi masalah inflasi.





Konvensyen Barisan Nasional Jelas Membuktikan Kesiapsagaan Barisan Nasional Untuk Menghadapi PRU 15

Semasa Konvensyen Barisan Nasional baru-baru ini, DS Najib menjelaskan, pakar ekonomi dunia berpendapat masalah inflasi tidak boleh diatasi dalam masa yang singkat.

DS Najib juga mengingatkan kerajaan agar tidak melakukan kesilapan beliau dalam menentukan tarikh PRU 14.

Kerajaan perlu segera membubarkan parlimen segera apabila keadaan dan sokongan rakyat berpihak kepada kepada kerajaan.

Dalam ucapan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid, beliau telah memperlihatkan dengan jelas kehendak dan kesiapsagaan akar umbi Barisan Nasional untuk menghadapi PRU 15.

Namun apabila ditanya wartawan, Ismail Sabri dilihat sekali lagi cuba beralasan dengan mengatakan beliau akan membubarkan parlimen apabila Barisan Nasional sudah bersedia.





Persoalannya, bukankah Ismail Sabri berada di atas pentas ketika peserta Konvensyen Barisan Nasional menyatakan pendirian mereka?

Mengapa perlu dipersoalkan kesiapsagaan parti untuk menghadapi PRU 15?

Bukankah pesert Konvensyen Barisan Nasional itu terdiri dari jentera parti di peringkat akar umbi?

Ismail Sabri Akhirnya Akur

Terkini, melalui ‘live’ di akaun Facebook Amir Hijaz Fans, Datuk Seri Amir menyatakan, melalui maklumat yang beliau terima, pada pendapat beliau, besar kemungkinan PRU 15 akan diadakan pada bulan Jun 2022.

Ini adalah berdasarkan maklumat yang menyatakan Ismail Sabri tidak akan menghadiri persidangan CHOGM Rwanda yang akan diadakan pada 22 hingga 26 Jun 2022.





Edisi Siasat membuat semakan kesahihan maklumat tersebut melalui sumber dalaman dari kem Ismail Sabri dan beliau mengesahkannya.

Tetapi beliau tidak dapat memastikan sama ada keputusan Ismail Sabri itu ada kaitan dengan PRU 15 atau tidak.

Dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan keputusan Ismail Sabri ada kaitan dengan PRU 15.

Menurut beliau, adalah menjadi amalan, ketua negara tidak akan menghadiri Persidangan CHOGM hanya dalam 3 keadaan sahaja:

  1. Berlakunya peristiwa besar yang tidak dapat dielakkan di dalam negara seperti darurat.
  2. Sebagai tanda protes terhadap sesuatu negara sama ada kepada England sendiri atau negara ahli Komonwel yang lain.
  3. Berlaku pertembungan sesuatu majlis yang penting dengan tarikh CHOGM.

Pada pandangan Edisi Siasat, setelah didesak oleh pelbagai pihak dari Barisan Nasional dan UMNO, akhirnya Ismail Sabri memberikan bayangan untuk mengadakan PRU 15.





Persoalan yang lebih penting, setelah mendesak, sudahkah UMNO dan Barisan Nasional pastikan mereka sudah benar-benar bersedia?

 

PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker