RAS ADIBA NIKAH SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI

 "KITA TAK BOLEH UBAH SIFAT SESEORANG, KITA SESUAIKAN DIRI DENGAN PASANGAN"

RAS ADIBA NIKAH SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI

RAS ADIBA NIKAH SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI

“Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi.

“Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing,” itulah kata bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi, 54, yang berkahwin semula dengan bekas suaminya Mohamed Azam Ali dalam majlis pernikahan ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

Ujar Ras Adiba, tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini. Baginya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.





Menurutnya lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.

RAS ADIBA NIKAH SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI:

“Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri,” tuturnya.

Pasangan itu sudah berkenalan sejak 1986 sewaktu Ras Adiba masih bertugas di stesen TV3. Mereka kemudian berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.





Dia juga pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.





Singapura sesuaikan pengurusan Omicron ikut maklumat dikemaskini

 

RAS ADIBA NIKAH SEMULA DENGAN BEKAS SUAMI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker