Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat

Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat
Orang ramai beratur panjang bagi membeli gas memasak di Colombo, Sri Lanka walaupun Syarikat milik kerajaan, Litro Gas Lanka, mengumumkan kehabisan bekalan semasa. – Foto EPA

Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat

NEW DELHI: Sri Lanka akan membelanjakan 1.8 bilion rupee (RM22 juta) daripada dana COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan yang amat diperlukan, meskipun berdepan kekurangan bekalan barangan keperluan.

Presiden Gotabaya Rajapaksa mengarahkan pegawainya menggunakan Dana Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Sosial COVID-19 bagi mengimport ubat-ubatan, lapor Daily Mirror Sri Lanka.

Dana itu diperoleh hasil sumbangan penderma bagi tujuan memerangi wabak COVID-19.

Sri Lanka berdepan kekurangan barangan keperluan, terutama bahan api, di samping kadar inflasi semakin meningkat.





Syarikat milik kerajaan, Litro Gas Lanka, semalam menghentikan pembekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) sementara menunggu kargo baharu tiba, menurut laporan media.

Sri Lanka kini mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk memperoleh bantuan pinjaman.

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe, Khamis lalu berkata rundingan itu dijangka dimuktamadkan akhir bulan ini.

“Penstrukturan semula hutang sudah bermula, berikutan pelantikan penasihat kewangan dan undang-undang.

“Kami juga sudah menghubungi Jepun untuk mendapatkan bantuan. Hubungan dengan Jepun terjejas sebelum ini dan kami sedang berusaha memulihkan hubungan serta mendapatkan semula keyakinan mereka.





“Kami juga dalam proses rundingan menyambung pinjaman dengan India,” katanya. – BERNAMA

Gaji Penasihat Khas PM: Dedahkan Juga Pulangannya

Sri Lanka guna dana COVID-19 untuk import ubat


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker