Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan

 Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan
Orang ramai beratur untuk membeli minyak tanah di Colombo. – Foto AFP

Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan

COLOMBO: Sri Lanka yang berdepan masalah kewangan meminta bantuan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan stok makanan asas, kata pejabat perdana menteri hari ini.

Ia selepas pihak berkuasa memberi amaran mengenai kebuluran.

Kekurangan makanan, bahan api dan barangan keperluan lain yang teruk, berserta rekod inflasi dan ketiadaan bekalan elektrik yang berterusan, membawa kesengsaraan yang meluas dalam krisis ekonomi yang belum pernah berlaku di negara kepulauan itu.

Bekalan petrol, diesel dan baja yang terhad menyukarkan petani untuk menanam tanaman, manakala sektor pertanian masih tidak menentu berikutan dasar organik yang merugikan, yang menjejaskan hasil pada tahun lalu.





Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB kini merancang ‘pelan tindak balas krisis makanan’ untuk menambah simpanan dan akan menawarkan lebih banyak dana bagi pertanian bandar, kata pejabat Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe, dalam satu kenyataan.

Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardana April lalu memberi amaran Sri Lanka sedang menghadapi ‘kekurangan makanan yang sangat teruk dan kebuluran’.

Sri Lanka kehilangan kira-kira separuh daripada pengeluaran berasnya tahun lalu dan musim penanaman terbaharu yang bermula bulan lalu terganggu kerana kekurangan baja.

Kegawatan ekonomi yang menyakitkan Sri Lanka tercetus akibat kekurangan mata wang asing, menyebabkan peniaga tidak mampu membayar import kritikal, termasuk baja.

Kerajaan sejak itu gagal membayar hutang asing bernilai AS$51 bilion (RM223.82 bilion) dan sedang mendapatkan bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).





Kebanyakan baja Sri Lanka diimport, namun tahun lalu, Presiden Gotabaya Rajapaksa mengumumkan larangan ke atas agrokimia asing selepas rizab asing negara itu mula habis.

Dasar itu didakwa sebagai usaha untuk menjadikan Sri Lanka negara pertanian organik 100 peratus pertama di dunia, namun dihentikan secara tiba-tiba selepas petani meninggalkan ladang mereka.

Ketua kementerian pertanian dipecat serta-merta pada Disember lalu selepas memberi amaran yang skim itu boleh mengakibatkan kebuluran menjelang akhir tahun ini. – AFP

Sri Lanka yang dilanda krisis menaikkan harga ubat





Sri Lanka minta bantuan PBB isu kekurangan makanan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker