Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

Usaha beberapa pemimpin yang menjadi musuh politik DS Najib dan DS Zahid untuk memasukkan mereka ke penjara, mungkin tidak akan kesampaian.

Ini memandangkan Ismail Sabri sudah memberikan gambaran PRU 15 akan diadakan sekitar bulan Jun 2022.

Namun kini Edisi Siasat difahamkan, muncul pula usaha terbaru untuk melucutkan hak ahli parlimen DS Najib dan DS Zahid.





Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Akta Majlis Parlimen akan dipinda.

Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) akan dipinda untuk melarang Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menurut Wan Junaidi, perkara itu akan digubal untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

“Akta ini belum pernah dipinda sejak digubal, oleh itu ia perlu dikaji semula dan dipinda”.

“Pindaannya penting supaya akta berkenaan lebih relevan dan memberi impak sesuai dengan keadaan semasa”.





“Akta 347 adalah akta berhubung kuasa dan keistimewaan Majlis Parlimen”.

“Kebebasan bercakap dan berbahas dalam prosiding majlis itu”.

“Dan perlindungan kepada orang yang diambil khidmat dalam penyiaran kertas-kertas majlis itu,” jelas Wan Junaidi.

Ketika seluruh negara menunggu supaya Akta Lompat Parti dibahas dan diluluskan dengan segera, mengapa Akta 347 menjadi keutamaan?

Apakah ini usaha terancang pihak tertentu untuk melucutkan hak Ahli Parlimen DS Najib dan DS Zahid?





Bagi Edisi Siasat, matlamat sebenar mereka adalah untuk menghalang DS Najib dan DS Zahid dari bertanding dalam PRU 15.

Apabila kedudukan sebagai ahli parlimen mereka digantung, maka secara tidak langsung kelayakan mereka untuk bertanding juga akan terlucut.

 

Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker