Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth

Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth
Orang ramai mengibarkan bendera Britain ketika sambutan ‘Parti Platinum’ di Istana Buckingham sempena 70 tahun ratu Elizabeth, 96, bertakhta. – Foto REUTERS

Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu Elizabeth

LONDON: Britain berpesta meraikan sambutan ulang tahun ke-70 pemerintahan Ratu Elizabeth II hari ini dengan mengadakan persembahan menakjubkan ‘party at the palace’, menampilkan penyanyi Diana Ross, Andrea Bocelli dan Rod Stewart.

Putera Charles turut mengetuai barisan dalam menyampaikan penghargaan dan kata-kata aluan pada sambutan itu.

Konsert itu menjadi kemuncak acara sambutan umum Jubli Platinum selama tiga hari bagi meraikan tempoh pemerintahan Ratu Elizabeth yang kini berusia 96 tahun, disertai lebih 22,000 pemegang tiket menonton persembahan atas pentas dibina khas di luar Istana Buckingham.

Puluhan ribu orang memenuhi pusat bandar manakala jutaan menonton di televisyen menyaksikan barisan penghibur mempesona dan mesej peribadi daripada tokoh terkemuka di Britain.





“Baginda bertemu dan berbual dengan kami, ketawa serta menangis bersama kami dan yang paling penting, baginda ada untuk kami selama 70 tahun.

“Baginda berjanji untuk berkhidmat sepanjang hayat dan terus memenuhinya. Inilah sebab mengapa kami di sini. Inilah yang kami raikan malam ini,” katanya.

Ratu Elizabeth membuat dua kemunculan awal di beranda Istana Buckingham pada hari pertama sambutan, Khamis lalu, namun baginda mengalami beberapa ketidakselesaan berikutan kesukaran untuk berjalan dan berdiri.

Baginda kemudian menarik diri daripada menghadiri upacara gereja Jumaat lalu dan turut terlepas acara perlumbaan The Derby semalam, buat kali keempat sejak 1952.

Putera Charles, 73, dan anak sulungnya, Putera William, 39 serta dua anaknya, George, 8 dan Charlotte, 7, menyertai barisan tetamu kenamaan yang mengibarkan bendera di kotak diraja pada konsert itu.





Putera William, dalam ucapannya, memuji komitmen Ratu Elizabeth dalam memelihara dan menangani perubahan iklim.

Britain mengisytiharkan Khamis dan Jumaat lalu sebagai cuti umum untuk menandakan peristiwa penting diraja yang memberikan tumpuan kepada masa depan monarki tanpa Ratu Elizabeth.

Acara jubli bermula Khamis lalu dengan perarakan ketenteraan sementara Jumaat lalu, menyaksikan perkhidmatan gereja tradisional England diketuai oleh kerabat diraja, termasuk Putera Harry dan Meghan di Gereja St Paul. – AFP

 

Britain berpesta sempena sambutan jubli Ratu

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker