IEDA MOIN MASUK HOSPITAL, ALAMI TEKANAN DARAH TINGGI
"DOKTOR PUN PELIK SAYA MASIH BOLEH BERJALAN SEPERTI BIASA"
IEDA MOIN MASUK HOSPITAL, ALAMI TEKANAN DARAH TINGGI
Selepas berasa tidak sihat dan sukar bernafas, pelakon Ieda Moin telah membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Jumaat akibat tekanan darah tinggi.
“Pada awalnya badan mula rasa tak sedap sehingga saya alami masalah kesukaran bernafas. Saya tidak pernah ada sakit darah tinggi sebelum ini tetapi apabila melakukan pemeriksaan saya terkejut dengan bacaan sampai 196.
“Kemudian apabila doktor pakar periksa tekanan darah naik sehingga 220. Saya juga alami kebas pada bahagian muka, bibir dan bahu. Bagaimanapun masih boleh bergerak dan makan seperti biasa.
“Sekarang saya masih berada di wad untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mahu pantau dan periksa jika ada masalah lain,” jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
Dalam masa sama, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abdul Moin, 43, juga memberitahu masalah yang dialaminya ini berkemungkinan disebabkan kurang rehat gara-gara terlalu sibuk dengan jadual kerja. Menurut doktor, bacaan tekanan darah tersebut adalah serius dan ia boleh memberi kemudaratan jika tidak dibendung dari awal.
“Sebenarnya doktor pun pelik sebab saya masih boleh berjalan seperti biasa. Kalau ikutkan bacaan tekanan darah ia boleh menyebabkan saluran darah pecah. Kata doktor badan saya terlalu penat dan stress. Saya juga ada masalah anxiety dan tidak pernah melakukan pemeriksaan secara terperinci sebelum ini,” ujarnya.
Ieda bagaimanapun tidak mahu mengambil masa terlalu lama untuk berehat kerana memikirkan komitmen terhadap kerja. Dia yang dinasihatkan untuk berehat dalam tempoh lima hari akan kembali menjalani penggambaran pada 10 Jun ini.
“Memanglah kena berehat, tetapi saya perlu fikirkan komitmen kerja. Saya tak mahu susahkan produksi jika tidak hadir ke set penggambaran. Walau apa pun saya tetap kena bekerja, kalau tak kerja siapa nak bagi duit,” tuturnya.
IEDA MOIN MASUK HOSPITAL, ALAMI TEKANAN DARAH TINGGI
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid