JASMIN HAMID BERSYUKUR SEMAKIN SIHAT, BERTERIMA KASIH ATAS DOANYA

DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL

JASMIN HAMID BERSYUKUR SEMAKIN SIHAT, BERTERIMA KASIH ATAS DOANYA

“Allah Maha Baik. Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mertua, keluarga, sanak saudara, kenalan dan kalian semua. Saya sudah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini kerana serangan jantung baru-baru ini untuk pertama kalinya.

“Tiada kata selain terima kasih banyak pada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat. Terima kasih juga kepada semua yang sempat ziarah saya di hospital. Pada semua yang sayang saya sebab tak henti bertanyakan khabar dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih.

“Ajal maut, jodoh dan rezeki adalah rahsia Allah… Terima kasih Allah, terima kasih semua kerana kasih sayang kalian pada saya, kuatkan saya untuk bangun,” itulah tulis pelakon Jasmin Hamid, 48, yang dibenarkan keluar hospital hari ini selepas ditahan akibat terkena serangan jantung baru-baru ini.





Kata Jasmin, kesihatannya semakin baik dan bersyukur ramai yang mendoakan serta mengambil berat terhadap keadaannya sepanjang berada di hospital. Dalam masa sama, Jasmin akui sangat terharu terutama dengan layanan doktor serta jururawat sepanjang dirawat di hospital. Tidak ketinggalan, dia berterima kasih kepada semua yang menziarahnya.

Terdahulu, suaminya iaitu Nazmir Abd Rahim, 36, berkongsi keadaan Jasmin yang dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital, di sini, selepas mengalami serangan jantung.





JASMIN HAMID : “LEBIH BAIK ANDA TIKAM SAJA SAYA DARIPADA FITNAH BEGINI”

JASMIN HAMID BERSYUKUR SEMAKIN SIHAT, BERTERIMA KASIH ATAS DOANYA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker