Jerman tanggung kos 5 bilion euro setahun kerana gas

Jerman tanggung kos 5 bilion euro setahun kerana gas
Logo Gazprom Germania di ibu pejabat mereka di Berlin, Jerman. – Foto REUTERS

Jerman tanggung kos 5 bilion euro setahun kerana gas

BERLIN: Sekatan Russia terhadap Gazprom Germania dan anak syarikatnya boleh menyebabkan pembayar cukai di Jerman menanggung kos tambahan lima bilion euro (RM23.5 bilion) setahun bagi bekalan gas.

Tindakan terbabit memaksa Jerman mendapatkan bekalan gas di pasar terbuka, lapor akhbar mingguan Jerman, Welt am Sonntag, yang memetik sumber industri.

Mei lalu, Russia memutuskan untuk menghentikan bekalan kepada Gazprom Germania, anak syarikat Gazprom di Jerman, selepas Berlin meletakkan syarikat itu di bawah pengurusan pemegang amanah selepas Russia menceroboh Ukraine.

Sejak itu, penyelia tenaga, Bundesnetzagentur, yang bertugas sebagai pemegang amanah, terpaksa membeli bekalan ganti gas di pasaran terbuka bagi memenuhi kontrak dengan kerajaan tempatan di Jerman dan pembekal serantau.





Welt am Sonntag melaporkan, Menteri Ekonomi, Robert Habeck, mengunjurkan tambahan 10 juta kubik meter padu gas diperlukan setiap hari, pada harga sekitar 3.5 billion euro (RM16.5 bilion) setahun.

Kos tambahan adalah untuk proses mengisi fasiliti penyimpanan gas asli Rehden, yang sudah diarahkan oleh Habeck Rabu lalu.

Akhbar berkenaan juga berkata kos tambahan akan dikongsikan dengan pembekal tenaga dan pengguna dalam bentuk levi gas bermula Oktober ini.

Kementerian Tenaga enggan mengulas mengenai penambahan kos itu dan Welt am Sonntag berkata soalan melalui e-mel juga tidak dibalas. – REUTERS

EU berjanji selaras tindak balas kepada pemberhentian gas Russia





Jerman tanggung kos 5 bilion euro setahun kerana gas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker