MAN TOBEY : TERBABIT KEMALANGAN, KINI DIRAWAT DI ICU

ANAK LULUH HATI  - ADA RISIKO LUMPUH, TAK MAMPU BERCAKAP

MAN TOBEY : TERBABIT KEMALANGAN, KINI DIRAWAT DI ICU

MAN TOBEY : TERBABIT KEMALANGAN, KINI DIRAWAT DI ICU

Bekas pemain bass kumpulan rock Tragedy (kemudian dikenali sebagai XPDC), Garuda dan Meditasi iaitu Man Tobey, 57, telah terbabit kemalangan jalan raya pada 30 Mei lalu dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Templer-Rawang sekitar jam 10 pagi itu, Man Tobey atau nama sebenarnya Yahya Rashid sedang menunggang motosikal dari arah Selayang untuk pulang ke rumahnya di Rawang. Menurutnya, kemalangan berlaku semasa kedua-dua kenderaan terbabit bergerak dari arah yang sama di jalan terbabit

Anak keduanya, Nur Anis Sofea, 22, yang dihubungi berkata, ayahnya mengalami kemalangan terbabit semasa pulang dari Pasar Selayang untuk berniaga di kedai runcit di kawasan kediamannya di Rawang.





“Ayah akan ambil barang berniaga di Pasar Selayang dan selalunya akan sampai di kedai jam 9 pagi. Namun pada hari kejadian dia masih belum pulang walaupun sudah jam 10 pagi.

MAN TOBEY : TERBABIT KEMALANGAN, KINI DIRAWAT DI ICU

“Saya kemudian menerima panggilan dari seorang rakan memberitahu ayah kemalangan di lokasi itu membabitkan sebuah treler. Saya bergegas ke lokasi dan mendapati ayah sudah dibawa ke hospital dengan ambulans dan hanya motosikalnya yang tinggal bersama barangan untuk jualan.

“Ayah mulanya ditempatkan di Zon Merah dan dalam keadaan sedar. Doktor kemudian buat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).

“Ketika itu ayah dah tak sedar. Pernafasannya menurun dan doktor beritahu tulang belakang, leher dan tangan kirinya patah. Tulang belakang ayah dah tutup saluran pernafasan sehingga terpaksa guna mesin bantuan.





“Ayah terpaksa ditidurkan selama tiga hari dan doktor buat pembedahan buang tiga batang tulang belakang kerana ingin memberi ruang pada saluran pernafasannya,” jelasnya.

Menurutnya keluarga mereka sedih apabila diberitahu risiko Man Tobey akan lumpuh selamanya. “Semalam doktor hubungi ibu saya beritahu ayah masih belum stabil untuk bernafas dan kena menjalani pembedahan kedua iaitu menebuk leher untuk pasang alat pernafasan.

“Luluh hati saya apabila risikonya ayah tak mampu untuk bercakap selepas ini sedangkan dia adalah penghibur keluarga kami. Dia suka menyanyi untuk hiburkan kami serta bilal di surau kediaman kami. Apapun kami kena reda dengan ujian Allah.

“Keadaan ayah sekarang stabil dan dah sedar. Dia boleh dengar apa yang kita cakap tapi tak boleh membalas,” katanya yang meminta peminat agar mendoakan kesembuhan ayahnya.

Situasi Man Tobey kini dipantau oleh isterinya Zamidah Ishak, 61, dan dua anak, Nurul Fatin Athirah, 24, dan Nur Anis Sofea, 22.





Ayah, anak cedera diserang sekumpulan lelaki

MAN TOBEY : TERBABIT KEMALANGAN, KINI DIRAWAT DI ICU

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker