Mercedes panggil balik lebih sejuta kenderaan model lama

Mercedes panggil balik lebih sejuta kenderaan model lama
BERLIN: Pembuat kereta Jerman, Mercedes-Benz, memanggil balik hampir sejuta kenderaan model lama keluarannya di seluruh dunia selepas masalah dikesan pada sistem brek, kata pihak berkuasa pengangkutan persekutuan (KBA).
KBA, dalam satu kenyataan bertarikh 1 Jun yang disiarkan media Jerman lewat semalam, berkata kereta berkenaan adalah yang dibuat antara 2004 dan 2015, jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada siri ML, GL dan minivan mewah R-Class.
“Hakisan pada pemacu brek, dalam kes terburuk, boleh menjejaskan sambungan antara pedal brek dan sistem brek, menyebabkan fungsi brek terhenti,” kata KBA.
Menurut KBA, 993,407 kenderaan terpaksa dipanggil balik di seluruh dunia termasuk sekitar 70,000 di Jerman.
Mercedes-Benz tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen mereka. – AFP
Mercedes panggil balik lebih sejuta kenderaan model lama
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid