POSTING SHARNAAZ PERLI SHILA AMZAH?

"ABANG TAK MAIN TAIK DIK... ADIK YANG GILA BAYANG"

POSTING SHARNAAZ PERLI SHILA AMZAH?

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Sharnaaz ada memuat naik gambar serta kapsyen dimana ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, Sharnaaz menyifatkan individu yang digelar ‘adik’ itu sebagai gila bayang atau masih menyukai seseorang yang tidak lagi bercinta dengannya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan ianya ditujukan kepada siapa.

“Abang tak main taik dik… Adik yang gila bayang. Maaf kalau gambar kurang sopan,” tulis Sharnaaz pada gambarnya yang berada di pantai serta dikaburkan sedikit di bahagian jarinya.





Meninjau di ruang komen pula, rata-rata netizen yang membuat andaian individu yang dimaksudkan Sharnaaz adalah bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah. Bagaimanapun, itu hanya spekulasi netizen sahaja apatah lagi Sharnaaz tidak menyatakan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.

Shila sebelum ini ada memberitahu tidak akan kembali bercinta semula dengan pelakon itu kerana pernah melalui jalan cerita yang kurang menarik ketika menjadi pasangan kekasih.

“Dah pernah bercinta dengan awak… dah tahu jalan cerita tak best. Tak best sampai lari dari rumah menangis. Macam orang nak sangat kat dia,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu, Shila dalam satu perkongsian di laman sosial miliknya berharap tidak ada peminat yang akan membenci dirinya dan terus mendoakan kebahagiaan kedua-dua pihak.





“Benda dah 10 tahun lebih dahulu. Selepas apa yang berlaku saya dan Sharnaaz sama-sama mencari seorang yang lebih baik. Tidak semestinya apa yang berlaku masa lalu akan terjadi lagi. Hentikan membenci saya dan doakan kebahagiaan kedua-dua pihak,” ujarnya.





SHILA AMZAH TOLAK UNTUK KEMBALI BERCINTA DENGAN SHARNAAZ

POSTING SHARNAAZ PERLI SHILA AMZAH?

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker