Sekurang-kurangnya 6 maut letupan kilang kimia

Sekurang-kurangnya 6 maut letupan kilang kimia
LUCKNOW: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 20 cedera dalam satu letupan di sebuah kilang kimia di daerah Hapur di utara India hari ini, kata seorang pegawai polis.
Kemalangan itu berlaku selepas dandang pecah di kemudahan perindustrian di Dhaulana, kira-kira 60 kilometer dari New Delhi, jurucakap polis, Surendra Singh memberitahu Reuters.
“Operasi menyelamat sedang dijalankan,” kata Surendra, sambil menambah bahawa jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa orang cedera parah.
Kemalangan industri adalah perkara biasa di India dan sering dipersalahkan kepada orang yang melanggar norma keselamatan, serta pemeriksaan yang lemah oleh pegawai kerajaan. – REUTERS
Sekurang-kurangnya 6 maut letupan kilang kimia
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid