Skuad muda Itali ikat Jerman

Skuad muda Itali ikat Jerman

Skuad muda Itali ikat Jerman

BOLOGNA, Itali: Jerman memerlukan gol penyamaan Joshua Kimmich ketika bangkit mengikat Itali 1-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Bologna.

Kapten Roma Lorenzo Pellegrini meletakkan juara Eropah itu di depan ketika permainan berbaki 20 minit di Stadium Renato Dall’Ara tetapi Kimmich menyamakan kedudukan sejurus kemudian.

Keputusan seri dalam Liga A, Kumpulan 3 itu hadir selepas England dikejutkan Hungary sebelum itu.





Jerman akan menentang England di Munich pada Selasa manakala Itali – yang cuba melupakan kegagalan ke Piala Dunia – melayan kunjungan Hungary sebelum bertandang ke Wolverhampton bertemu anak buah Gareth Southgate.

Skuad kendalian Roberto Mancini memanaskan badan di England Rabu lalu, tewas 3-0 kepada Argentina di Wembley pada Finalissima pertama – pertembungan antara juara Eropah dan pemenang Copa America.

Mancini melakukan 10 pertukaran ke atas skuad berkenaan, dengan penjaga gol Gianluigi Donnarumma satu-satunya pemain yang dikekalkan dalam kesebelasan utama.

Pemain 18 tahun Wilfried Gnonto dimasukkan pada minit ke-65 menggantikan Matteo Politano dan lima minit kemudian dia membuat umpanan untuk jaringan Pellegrini.

Jerman kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-73 selepas pertahanan tuan rumah gagal mengeluarkan hantaran Jonas Hofmann dan arkitek Bayern Munich Kimmich meledak gol penyamaan. – AFP





Torres selamatkan Barcelona, West Ham diikat Lyon

Skuad muda Itali ikat Jerman

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker