Swiatek juara Terbuka Perancis

Swiatek juara Terbuka Perancis
Iga Swiatek bersama trofi kejuaraan selepas menewaskan Cori Gauff pada final Terbuka Perancis. – REUTERS

Swiatek juara Terbuka Perancis

PARIS: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff 6-1, 6-3 untuk merangkul gelaran tenis Terbuka Perancis, sebentar tadi.

Ini adalah gelaran Grand Slam kedua buat pemain berusia 21 tahun dari Poland itu yang turut memenangi gelaran sama di Roland Garros pada 2020.

Kemenangan di Court Philippe Chatrier ke atas pemain berusia 18 tahun itu membolehkan Swiatek melebarkan rekod kemenangan kepada 35 perlawanan sekali gus menyamai rekod kemenangan paling lama pemain wanita pada abad ke-21 yang dipegang Venus Williams.

Iga Swiatek (kanan) dan Cori Gauff bergambar bersama trofi masing-masing. – REUTERS

Swiatek yang dilabel sebagai pemain pilihan mematahkan servis Gauff sebanyak lima kali sepanjang dua set pertarungan itu.





Reaksi Iga Swiatek selepas menewaskan Coco Gauff. – EPA

Dia menoktahkan kemenangan itu hanya dalam tempoh satu jam dan lapan minit. – AGENSI

Gauff ke final, rayu henti keganasan

Swiatek juara Terbuka Perancis

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker