275 belia ditahan terbabit rasuah sejak 2020

275 belia ditahan terbabit rasuah sejak 2020
Norazlan menyampaikan hadiah kepada juara pertandingan Speak Up, Madiha Syahidah Mohd Rohani, 19, sempena Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KoMawAr) di Universiti Malaya. – NSTP/ FATHIL ASRI.

275 belia ditahan terbabit rasuah sejak 2020

KUALA LUMPUR: Seramai 275 belia termasuk dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan kakitangan awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2020 kerana terbabit rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata, daripada jumlah itu, 21 belia berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 lagi berusia antara 24 sehingga 30 tahun.

Katanya, 70 daripada yang keseluruhan belia ditahan itu disebabkan memberi rasuah, diikuti 123 kerana menerima rasuah dan selebihnya kerana kesalahan rasuah lain.

“Sepanjang tempoh sama juga 151 belia yang ditahan sudah dituduh di mahkamah termasuk 11 berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 85 sudah selesai perbicaraan dan didapati bersalah,” katanya.





Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (KoMawAr) 2022 dan Pertandingan Akhir Speak Up di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor (Jaringan Global) UM, Prof Dr Yong Zulina Zuhairi.

Norazlan berkata, walaupun jumlah itu tidak membimbangkan, data berkenaan wajar dijadikan peringatan kepada pelajar kerana ada antara belia terbabit adalah pelajar IPT.

Katanya, ia jelas menunjukkan godaan rasuah sama ada memberi rasuah atau menerima wujud, terutamanya apabila pelajar memasuki alam pekerjaan.

“Di sinilah diharapkan segala pendedahan dan pengetahuan mengenai rasuah dapat dijadikan ingatan sebagai benteng daripada terperangkap godaan dan gejala rasuah.





“Akan sia-sia sahajalah segala penat lelah bertungkus lumus menimba ilmu bagi mendapatkan segulung sijil, diploma atau ijazah, tetapi tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Pada masa sama, Norazlan berkata usaha membanteras jenayah rasuah tidak boleh hanya bergantung kepada tindakan penguatkuasaan oleh SPRM semata-mata, kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Katanya, SPRM tidak boleh dibiarkan menunaikan tanggungjawab secara sendiri dan pada masa sama masyarakat pula mengimpikan untuk menjadikan Malaysia bebas rasuah.

“Malaysia hanya boleh menghapuskan rasuah sekiranya semua pihak berkepentingan bersama-sama berfikir, berusaha, bertindak dan terbabit secara langsung dalam usaha pencegahan rasuah.

“Oleh itu, kami di SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelajar khususnya pemimpin mahasiswa untuk membantu SPRM menyebar luas mesej dan panduan antirasuah kepada pelajar lain melalui inisiatif pendidikan antirasuah yang boleh dirangka dan dilaksanakan melalui bimbingan serta kerjasama SPRM dan lain-lain pihak,” katanya.





Beliau turut berharap, inisiatif SPRM dengan kerjasama agensi peneraju lain iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Integriti Malaysia yang menyediakan modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang ditawarkan di semua IPT, akan menunjukkan keberkesanan.

Katanya, ketika ini 19 IPT termasuk tujuh IPT swasta sudah menawarkan kursus itu kepada pelajar sebagai kursus elektif.

“Namun bermula tahun hadapan, kursus ini akan menjadi kursus wajib di semua IPT seperti sudah diputuskan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) pada 19 April 2021 lalu,” katanya.

 





Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

275 belia ditahan terbabit rasuah sejak 2020


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker