Apa Persetujuan Yang Di Capai Dari Pertemuan Ismail Sabri Dan Mahathir Di Jepun?

Apa Persetujuan Yang Di Capai Dari Pertemuan Ismail Sabri Dan Mahathir Di Jepun?

Apa Persetujuan Yang Di Capai Dari Pertemuan Ismail Sabri Dan Mahathir Di Jepun?

Pada 23 Mei 2022 hingga 28 Mei 2022, Ismail Sabri melakukan lawatan kerja rasmi sebagai Perdana Menteri selama 6 hari ke Jepun.

Ada khabar angin yang mengatakan, jadual lawatan kerja rasmi itu dibuat secara tiba-tiba.

Namun sama ada ianya benar atau tidak, Edisi Siasat tidak dapat memastikannya.





Apa yang pasti, hasil dari lawatan kerja rasmi Ismail Sabri ke Jepun, ternyata tidak mendatangkan sebarang hasil yang positif kepada negara.

Tidak ada pelaburan asing dari Jepun yang berjaya di bawa masuk dan tidak ada MoU yang ditandatangani.

Kalau pun ada hanyalah sekadar memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun.

Yang sebenarnya sudah pun berada di dalam keadaan yang cukup baik.

Dalam jeda waktu yang sama, Dr Mahathir juga berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27.





Apakah lawatan kedua-dua pemimpin itu sememangnya dirancang atau secara kebetulan.

Edisi Siasat tidak berminat untuk membahaskannya.

Apa yang lebih menarik ialah khabar yang bertiup dari Jepun yang mengatakan berlaku perbincangan tertutup antara Ismail Sabri dan Dr Mahathir.

Apa Persetujuan Yang Di Capai Dari Pertemuan Ismail Sabri Dan Mahathir Di Jepun?

Agaknya apa yang mereka bincangkan sehingga tidak ada seorang pun dikatakan dibenarkan untuk turut serta?

Namun selepas perbincangan itu, Ismail Sabri secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan PRU 15.





Alasan beliau adalah kerana negara sedang mengalami masalah inflasi.

Edisi Siasat mempunyai maklumat mengenai hasil perbincangan tersebut melalui sumber dalaman dari kem Ismail Sabri.

Secara dasarnya perbincangan dua hala itu adalah berkaitan persetujuan untuk mengadakan PRU 15.

Dan ianya hanya selepas Dr Mahathir selesai melakukan ‘big move’ beliau.

Namun kami tidak dapat mendedahkannya kerana kesahihannya masih lagi tidak dapat dipastikan.





Yang kami mahu tekankan di sini, sekiranya Ismail Sabri merujuk kepada Dr Mahathir untuk menentukan tarikh PRU 15, maka itu adalah langkah yang sangat sumbang.

Memetik kata-kata orang Jawa:

“If you are in power, you are powerful but if you don’t use your power, you are bloodyfool”!!!

 

Apa Persetujuan Yang Di Capai Dari Pertemuan Ismail Sabri Dan Mahathir Di Jepun?

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker