Bilal maut kenderaan masuk gaung 7 meter

Bilal maut kenderaan masuk gaung 7 meter
KOTA KINABALU: Seorang bilal di Masjid Al-Falah, Kepayan di sini, meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi tujuh meter di perkarangan masjid berkenaan, hari ini.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, mangsa berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, berkata siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari sebuah restoran di Kepayan menuju Masjid Al-Falah untuk tugas bilal bagi solat Zuhur.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kawalan dan terjunam ke kawasan gaung.
“Kenderaan mangsa terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter dan terbalik sebelum berhenti sepenuhnya.

“Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
George berkata, mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital QE1 oleh ambulans EMRS Jabatan Bomba sebelum disahkan meninggal dunia di Zon Merah pada jam 2 petang tadi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
2 Maut Apabila Lori Jatuh Ke Dalam Gaung (Video)
Bilal maut kenderaan masuk gaung 7 meter
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.