ELYANA – MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI

SUNGGUHPUN SUDAH BEBAS KANSER

ELYANA - MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI

ELYANA – MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI

“Hari ini (semalam) adalah kemoterapi saya yang saya hutang lagi dua. Jadi kenapa saya buat kemoterapi? Ramai yang tanya… Kerana saya bertanggungjawab terhadap diri saya untuk habiskan dua lagi baki kemoterapi yang sepatutnya saya habiskan.

“Jadi hari ini merupakan hari yang sesuai (untuk menyambung semula rawatan),” itulah jelas penyanyi Elyana menerusi laman Instagram miliknya dimana dia mengakui masih lagi ‘berhutang’ dua rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Melihat pada perkongsian seterusnya, Elyana memberitahu yang proses rawatan kemoterapinya telah berjaya dan dia mempunyai baki satu lagi rawatan yang perlu diselesaikan.
“Alhamdulillah! Selesai chemo… ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus… hati, paru-paru semua cun. Tapi darah merah je kurang sikit bacaan 11.





ELYANA - MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI

“Tapi banyak beza… masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah. Terima kasih kepada yang selalu menderma darah, tak ternilai jasa anda. Love you!” tulisnya.

Untuk makluman, Elyana pernah membuat kejutan apabila mendedahkan penyakit kanser limfoma tahap empat ketika tersingkir daripada program Gegar Vaganza 4 pada 2017. Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu, dia menghidap kanser sejak 2010 dan jangkaan awal doktor, hanya mampu hidup selama setahun.

ELYANA - MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI





ELYANA – KEMOTERAPI KETIGA – MEMANG SAKIT

ELYANA – MASIH TETAP JALANI KEMOTERAPI


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker