IQBAL TERUJA DAPAT JAM ROLEX RM100,000 DARIPADA DATIN YANG DIANGGAP KAKAK

"TIDAK PERNAH SAYA TERIMA HADIAH SEMAHAL INI"

IQBAL TERUJA DAPAT JAM ROLEX RM100,000 DARIPADA DATIN YANG DIANGGAP KAKAK

IQBAL TERUJA DAPAT JAM ROLEX RM100,000 DARIPADA DATIN YANG DIANGGAP KAKAK

“KEJUTAN HADIAH BERNILAI RM100,00 (+-) DARIPADA @reenazach. Tidak pernah saya terima hadiah semahal ini. Jam Rolex ini saya tunggu dua tahun untuk beli, akhirnya dapat hadiah pemberian daripada kakak yang berbudi sejak sekian lama, Datin @reenazach,” tulis usahawan sensasi Iqbal Zulkefli pada sebuah video dimana dia menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita.

Menerusi video tersebut yag dimuat naik di laman Instagram, dapat dilihat Iqbal nampak teruja ketika mengambil bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari milik seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.

Ketika membuka bungkusan berkenaan, Iqbal seakan tidak percaya menerima hadiah berkenaan daripada usahawan yang dianggap seperti kakaknya itu. Menurut Iqbal, dia sudah menunggu dua tahun untuk membeli jam tangan berkenaan namun tidak sangka menerima hadiah tersebut.





Dalam pada itu, Iqbal turut berkata dia sudah mengenali usahawan itu sejak 10 tahun lalu ketika dia merantau bersendirian di Kuala Lumpur dan wanita itu yang banyak membantunya.

“10 tahun lalu, ketika saya kesusahan, tinggal sendirian di Kuala Lumpur, satu-satunya insan yang saya berani meminjam wang, adalah Kakak @reenazach. Beliau kutip saya, bawa saya belajar bekerja. Kami keluar rumah jam 5 pagi.
“Ia bukan tentang harga barangan semata. Namun nilai ikatan yang kami jaga. Ada suatu ketika, nasi bujang pun kadang saya tidak mampu makan. Saya tidak bersikap meminta. Lihatlah, betapa baiknya Allah, hantarkan Kakak @reenazach berikan saya makan dan tempat tidur.

“Terima kasih kakakku yang baik hati Datin @reenazach, semoga hubungan ini berpanjangan dunia akhirat. Doakan kakak Reena dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan hati sentiasa ya? @reenazach,” katanya lagi.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen teruja dengan hadiah yang diterima oleh Iqbal itu. Tidak kurang juga ada yang bergurau meminta Iqbal menunjukkan resit pembeli jam berkenaan.

Terdahulu, Iqbal sering dikecam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepadanya yang dilihat sudah lali dengan perkara itu.





Kegembiraan mahu rai perkahwinan kakak bertukar tragedi

IQBAL TERUJA DAPAT JAM ROLEX RM100,000 DARIPADA DATIN YANG DIANGGAP KAKAK


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker