Muhyiddin Dakwa Di Fitnah Ada 119 Sokongan MP
Muhyiddin Dakwa Di Fitnah Ada 119 Sokongan MP
Gara-gara pendedahan Shafie Apdal dan disambut pula oleh Anwar Ibrahim, Mahiaddin Md Yasin teruk kena troll.
Satu Malaysia gelakkan Mahiaddin.
Tambahan pula kenyataan Shafie Apdal sangat menusuk jantung Mahiaddin.
“Kalau Tan Sri sudah ada 119 MP, ‘go ahead’, tapi saya tak akan ikut,” itu video klip Shafie Apdal yang viral.
Jika ikut logik akal, memang betullah apa yang dikatakan Shafie Apdal itu.
Kalau betul sudah ada sokongan 119 MP, tunggu apa lagi.
Kenapa perlu minta sokongan dari Shafie Apdal?
119 sudah cukup untuk menjatuhkan Ismail Sabri dari kerusi Perdana Menteri.
Sikap Mahiaddin mengingatkan Edisi Siasat tentang kenyataan Mahfuz Omar yang mendakwa beliau difitnah memiliki diploma.
Mahiaddin Menipu Untuk Menutup Penipuan
Malu bila tembelang pecah, Mahiaddin keluarkan kenyataan bahawa kononnya beliau tidak pernah dakwa sudah ada cukup sokongan.
Beliau dakwa pertemuan dengan pemimpin parti adalah untuk bincangkan mengenai persiapan hadapi PRU 15.
Pelik juga alasan Mahiaddin.
Atas kapasiti apa beliau hendak bincangkan persiapan hadapi PRU 15 dengan parti lain.
Bagi Edisi Siasat, apa yang terdedah telah menelanjangkan perangai sebenar Mahiaddin Md Yasin.
Di hadapan Ismail Sabri, beliau berpura-pura menyokong dan membantu Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Tetapi dalam masa yang sama, beliau berusaha untuk menjatuhkan Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Tapi dari satu sudut yang lain, kita tidak perlu rasa pelik dengan perangai Mahiaddin Md Yasin.
Bukan rahsia, PPBM adalah parti yang dipenuhi oleh pengkhianat dan memang begitulah sikap pengkhianat.
Kalau Ismail Sabri masih lagi tidak nampak, kami tidak dapat hendak berikan apa-apa komen.
Muhyiddin Dakwa Di Fitnah Ada 119 Sokongan MP
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :