NEELOFA – BERHASRAT PINDAH KE MESIR IKUT SUAMI SAMBUNG BELAJAR
MAHU BELAJAR BAHASA ARAB, BESARKAN BILAL DI SANA
NEELOFA – BERHASRAT PINDAH KE MESIR IKUT SUAMI SAMBUNG BELAJAR
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana. Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” demikianlah luah pengacara dan usahawan, Noor Neelofa yang berhasrat untuk berhijrah ke Tanah Arab mengikut suaminya, Haris Ismail atau PU Riz yang mahu menyambung pelajaran di sana.
Selain itu, Neelofa, 33, berkata dia mahu mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal dengan persekitaran di sana dan dalam masa sama dia juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam.
Neelofa meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad. Neelofa yang juga merupakan bekas pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan.
Dalam rancangan tersebut, Neelofa turut memberi gambaran wajah anaknya yang selama ini tidak pernah didedahkan kepada peminat: “Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba-tiba macam muka saya pula,” kongsinya.
Sementara itu, Neelofa juga turut meluahkan hajat untuk mendalami al Quran dan berharap ia boleh menjadi kebaikan buatnya sebagai bekalan saham akhirat.
“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya.
Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu.
NEELOFA – BERHASRAT PINDAH KE MESIR IKUT SUAMI SAMBUNG BELAJAR
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid