Pemimpin Yang Lupa Diri Akan Di Singkirkan Parti

Pemimpin Yang Lupa Diri Akan Di Singkirkan Parti

Pemimpin Yang Lupa Diri Akan Di Singkirkan Parti

Sejarah politik sudah banyak mencatatkan nama pemimpin tersohor yang mengakhiri karier mereka dalam keadaan mengaibkan.

Ianya tidak hanya berlaku di dalam negara, malah juga di pentas politik dunia.

Shah Iran, Ferdinand Marcos, Muammar Gaddafi, Robert Mugabe hanyalah beberapa nama dari deretan pemimpin yang diaibkan.





Di dalam negara pula, rasanya tidak perlu di senaraikan kerana umum sudah mengetahuinya.

Kenapa mereka disingkirkan oleh rakyat dan lebih mengejutkan oleh parti dan penyokong mereka sendiri?

Sebab utama adalah kerana mereka lupa diri, mengutamakan kepentingan peribadi dan membakul sampahkan perjuangan parti.

Rakyat yang sepatutnya dibela sebagaimana yang dijanji, telah dizalami setelah mandat diberi.

Dalam UMNO sendiri, sudah nampak jelas wajah-wajah pemimpin yang akan meletakkan nama mereka dalam kumpulan yang sama.





Demi untuk menjaga kepentingan peribadi, demi kerana terlena dengan kuasa dan kemewahan yang ada, mereka mula membelakangi parti.

Pelbagai alasan yang tidak munasabah dicipta untuk menghalalkan keserakahan nafsu mereka terhadap kuasa dan kemewahan pangkat.

Dalam UMNO mereka dikenali sebagai Kluster Putrajaya.

Kelompok kecil yang tamak haloba dan seronok mengecapi nikmat kuasa.

Sanggup bersekongkol dengan musuh yang mahu membunuh parti sendiri.





Kehendak akar umbi dan ketetapan parti mereka tolak ke tepi.

Mereka lupa, akar umbilah yang telah berkeringat di bawah terik mentari dan berembun waktu dinihari untuk mengangkat mereka.

Mereka khianati kepimpinan parti yang telah meletakkan mereka dipuncak kuasa.

Lupa pada akujanji kepada pucuk pimpinan parti wakti merayu supaya nama dihantar sebagai calon menteri.

Seperkara yang pasti, masa semakin menekan mereka.





Kini kuasa mereka sudah berada di penghujung usia.

Sama ada mereka melihat ini sebagai peluang terakhir untuk mereka kembali bersama-sama akar umbi.

Atau terus angkuh mempertahankan kuasa yang hanya tinggal sisa, adalah terpulang kepada mereka.

Namun yang pasti, masanyanakan tiba untuk rakyat singkirkan pemimpin yang lupa diri.

 





Pemimpin Yang Lupa Diri Akan Di Singkirkan Parti

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker