PRU 15: MP Terima Emel Penamatan Bayaran Faedah
PRU 15: MP Terima Emel Penamatan Bayaran Faedah
Debaran PRU 15 makin kuat dirasakan.
Terkini Edisi Siasat difahamkan, Ahli Parlimen mula menerima email dari Pejabat Parlimen Malaysia.
Kami difahamkan, mereka diminta mengemaskini maklumat Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen (APAD) yang akan terlibat dengan pembubaran Parlimen.
Penerimaan emel seperti itu biasanya dianggap salah satu tanda dikaitkan dengan pembubaran Parlimen kerana ia tidak dihantar setiap tahun.
Emel seperti itu biasanya hanya akan diterima apabila parlimen akan dibubarkan.
Oleh kerana hari ini adalah cuti umum, maka sumber kami tidak dapat mengesahkannya dengan Pejabat Parlimen Malaysia.
Namun beberapa orang Ahli Parlimen sudah mengesahka menerima emel tersebut.
Semakan kami mendapati utusan.online dan Malaysiakini turut melapurkan perkara yang sama.
PRU 15: MP Terima Emel Penamatan Bayaran Faedah
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus