Remaja umur 14 tahun tunggang motosikal aksi bahaya

Remaja umur 14 tahun tunggang motosikal aksi bahaya

Remaja umur 14 tahun tunggang motosikal aksi bahaya

KUALA LUMPUR: Remaja berusia 14 tahun ialah antara sembilan penunggang motosikal ditahan polis di beberapa lokasi sekitar ibu kota, awal pagi tadi, kerana melakukan aksi berbahaya termasuk lagak ‘Superman’ dan ‘zig zag’.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah, berkata mereka ditahan dalam operasi dijalankan di pusat bandar, Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Beliau berkata, menerusi Op Bersepadu, Op Samseng Jalanan, Op Had Laju, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan serta Op Mabuk yang diadakan sejak Jumaat lalu, polis turut menahan 12 individu kerana memandu kenderaan bawah pengaruh alkohol.





“Sembilan penunggang motosikal berusia 14 hingga 21 tahun yang melakukan aksi berbahaya itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Seramai 12 individu berumur 23 hingga 59 tahun yang memandu kenderaan bawah pengaruh alkohol pula ditahan mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987. Mereka juga dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh mengikut seksyen sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 20 tahun kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.





“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh menghubungi Balai Polis Trafik (JSPT), Jalan Tun HS Lee, melalui talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

16 ditahan pandu kenderaan mabuk, tunggang motosikal bahaya

Remaja umur 14 tahun tunggang motosikal aksi bahaya


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker