USTAZ KAZIM PESAN HATI-HATI DENGAN SCAMMER
" 'DATUK SERI' BERI BON 1 JUTA EURO... DIA INGAT KAMI BODOH AGAKNYA"
USTAZ KAZIM PESAN HATI-HATI DENGAN SCAMMER
Semua sedia maklum mengenai keadaan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias yang sebelum ini pernah mendedahkan beliau mengalami sakit misteri yang dihidapi sejak tahun 1997 dan sudah banyak kali menjalani pemeriksaan di hospital namun tidak bertemu puncanya.
Dek kerana itu, ramai yang meluahkan rasa simpati dan ada juga yang menghulurkan bantuan termasuklah scammer. Perkara tersebut dikongsikan Ustaz Kazim dimana beliau didatangi seorang scammer yang dipercayai menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ dengan memberi bon berjumlah 1 juta Euro atau sekitar RM4,700,000.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik beliau, Kazim memberitahu individu tersebut turut menawarkan pertolongan untuk mengubati sakitnya ketika hadir menziarahi Pusat Tahfiz Al Barakah pada Sabtu.
“Dalam keadaan sakit, datang pula ‘Datuk Seri’ beri sumbangan bon 1 juta Euro kepada Al Barakah. Lepas ini boleh tumpu kepada sekolah sahaja dan tak payah keluar berceramah.
“Menggigil tangan bila dia serahkan tadi. Mula-mula kata nak ziarah, kemudian nak tolong berbuat dan selepas itu beri bon. Awas Jangan sampai anda tertipu,” ujarnya.
Dalam perkongsian itu, Kazim turut mengingatkan mana-mana pemilik pusat tahfiz supaya lebih berhati-hati dengan tindakan scammer yang berani datang bersemuka seperti yang beliau lalui.
“Dia ingat kami di Al Barakah bodoh agaknya. Kepada pengusaha tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang sakit seperti saya berhati-hatilah dengan scammer yang begitu berani dan terang-terangan sekarang ini,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, beberapa netizen memberitahu bon yang kelihatan seperti wang kertas itu adalah palsu dan ia boleh dibeli secara atas talian.
“Dekat Shopee duit ini banyak dijual, dia ingat lawak ke? Bon tak sama bentuk macam duit kertas. Jadi yang ustaz dapat ini, orang itu mahu scam. Buat laporan polis. Ajar penyangak itu dengan undang-undang,” komen netizen.
USTAZ KAZIM PESAN HATI-HATI DENGAN SCAMMER
Disyorkan Untuk Anda :
- Bekas Hakim: PM Berhak Nasihat Agong Bubar Parlimen Bukan Kabinet
- PM Beri Bayangan PRU 15 Akan Di Adakan Pada Bulan Jun 2022
- Annuar Musa Pertahankan Tindakan Beliau Menongkah Arus
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid