Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas

Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas
Mayat Mohamad Nor Amirulhamzah ditemukan pagi tadi. – Foto ihsan JBPM Perak

Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas

KUALA KANGSAR: Wadar lelaki yang dilaporkan hilang ketika berenang menyeberangi Sungai Perak dekat Kampung Sayong Lembah, di sini, malam kelmarin, ditemukan lemas pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata mayat Mohamad Nor Amirulhamzah Jaafar, 26, dijumpai terapung di tepian sungai itu, kira-kira dua kilometer dari lokasi ‘staging’ (pusat operasi) pasukan menyelamat, pada jam 7.19 pagi.

“Mangsa disahkan maut oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, dilaporkan berkata terdahulu mangsa yang beralamat di Kampung Gadong Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, dan bertugas sebagai wadar sebuah pusat rawatan dan pemulihan di Padang Rengas, menjala ikan bersama pengurus serta tiga penghuni pusat berkenaan.





Kumpulan lima individu itu dikatakan menjala ikan mulai jam 8.30 malam Jumaat lalu berdekatan Jambatan Sultan Abdul Jalil (Jambatan Sayong) di Kampung Sayong Lembah, sebelum dua daripada mereka termasuk mangsa turun ke sungai untuk berenang ke seberang.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas, manakala seorang lagi berjaya menyelamatkan diri.

JBPM Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 10.35 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi membabitkan kekuatan logistik sembilan bot, termasuk bantuan bot penduduk kampung dan peserta pertandingan bot naga berhampiran yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Bekas wadar penjara didakwa menyamar anggota polis





Wadar hilang berenang menyeberangi sungai ditemukan lemas

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Usaha Terbaru Untuk Melucutkan Hak Ahli Parlimen Najib Dan Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker