Apakah Kluster Putrajaya Mahu Rakyat Menderhaka Kepada YDP Agong?

Apakah Kluster Putrajaya Mahu Rakyat Menderhaka Kepada YDP Agong
Gambar Hiasan

Apakah Kluster Putrajaya Mahu Rakyat Menderhaka Kepada YDP Agong

Majoriti rakyat Malaysia sekarang ini mahukan supaya PRU 15 diadakan seberapa segera.

Mengapa?

Kerana sejak Pakatan Harapan memerintah, kemudian Perikatan Nasional dan kini Keluarga Malaysia, kehidupan rakyat semakin menderita.

Pengangguran semakin meningkat kerana yang kehilangan pekerjaan di era Perikatan Nasional masih tiada punca pendapatan kerana tiada peluang kerjaya baharu yang ada.





Kenapa tiada peluang pekerjaan yang baharu, ini adalah kerana tiada pelaburan asing yang berjaya di bawa masuk.

Dan keadaan ini berlaku kerana tiada kestabilan politik akibat dari kerajaan yang memerintah adalah kerajaan hybrid.

Sudahlah tiada kerja, harga barang keperluan asas melambung tinggi seolah berada di luar kawalan.

Kerajaan yang ada sekarang dilihat gagal membuat penyelesaian atas beberapa isu penting berkaitan kehidupan rakyat.

Harga barang keperluan asas bukan sahaja melambung tinggi, tetapi juga sukar diperolehi.





Apa puncanya?

Puncanya adalah kerana kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan hybrid.

Tidur sebantal tetapi mimpi berlainan, masing-masing sarat dengan agenda dan misi yang berbeza antara satu sama lain.

Berada dalam satu pasukan, tetapi saling pancung memancung dan cantas mencantas.

Rakyat Mahukan PRU 15 Di Adakan Secepat Mungkin

Rakyat sudah letih dan berpendapat cara yang terbaik untuk menghentikan segala kekalutan ini adalah dengan mengadakan PRU 15 dengan secepat mungkin.





Kerajaan yang lebih kukuh dan stabil perlu dibentuk dengan segera supaya seluruh jentera kerajaan dapat menumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah rakyat.

Tetapi kluster Putrajaya terus mencipta alasan demi alasan untuk melengah-lengahkan PRU 15.

Sebabnya sangat mudah.

Mereka takut kehilangan kuasa kerana mereka sedar sebaik sahaja parlimen dibubarkan, kuasa yang ada akan hilang selama-lamanya.

Lebih menakutkan mereka adalah sekiranya selepas ini mereka juga akan diklafikasikan sebagai kluster mahkamah, frasa ayat yang mereka sendiri cipta.





Lalu berbagai alasan yang tidak masuk akal dicipta.

Mula-mula alasan covid-19, tetapi PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor sudah menafikannya.

Kemudian alasan keadaan ekonomi semasa negara, tetapi rakyat mempertikaikannya.

Malah pakar ekonomi dunia berhujah masalah ekonomi dan inflasi tidak boleh diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Ianya memerlukan masa tiga hingga empat tahun, kerana ini adalah masalah tekanan ekonomi global.





Alasan Baharu Kluster Putrajaya Untuk Tidak Bubarkan Parlimen

Kini mereka beralasan pula yang kononnya mereka tidak ada kuasa untuk bubarkan parlimen.

Cuma YDP Agong sahaja mempunyai kuasa untuk melakukannya.

Persoalannya, jujurkah alasan yang mereka berikan?

Benar, kuasa membubarkan parlimen adalah kuasa YDP Agong tetapi YDP Agong cuma akan bubarkan parlimen selepas mendapat permohonan dari Perdana Menteri!!!

Isu ini telah Edisi Siasat kupas dalam artikel yang bertajuk¬†‘Jangan Terus Beralasan Kuasa Bubar Parlimen Adalah Agong’.

Apa yang Edisi Siasat mahu tekankan ialah, adakah kluster Putrajaya sedar, alasan yang mereka berikan ini boleh membangkitkan kemarahan rakyat kepada YDP Agong.

Memberikan alasan hanya YDP Agong boleh membubarkan parlimen akan memberikan gambaran seolah YDP Agong sebenarnya tidak mahu PRU 15 diadakan.

Ini boleh membangkitkan kemarahan dan penentangan rakyat terhadap YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Adakah kluster Putrajaya mahu rakya menderhaka kepada YDP Agong?

Sedangkan kita semua tahu, YDP Agong adalah raja yang berjiwa rakyat dan baginda akan lakukan apa sahaja yang termampu untuk membantu rakyat baginda.

Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, YDP Agong menolak permohonan Perdana Menteri untuk bubarkan parlimen.

Isu yang sebenar ialah sejak kejatuhan Pakatan Harapan hingga ke hari ini, belum ada permohonan untuk bubarkan parlimen yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri kepada baginda.

Jadi bagaimana baginda hendak bubarkan parlimen?

Ismail Sabri sendiri tidak pernah membangkitkan isu pembubaran parlimen di dalam pertemuan dengan YDP Agong.

Malah beliau belum lagi memulakan langkah untuk membubarkan parlimen.

Sudahkah beliau berbincang dengan Presiden, Timbalan Presiden dan 2 orang Naib Presiden UMNO?

Bukankah ini yang beliau janjikan dalam ucapan beliau di PAU 2021?

Siapa sebenarnya yang tidak mahu agar parlimen dibubarkan dan jangan bermain dengan api kemarahan rakyat!!!

 

Apakah Kluster Putrajaya Mahu Rakyat Menderhaka Kepada YDP Agong

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker