Jangan Terus Beralasan Kuasa Bubar Parlimen Adalah Agong

Jangan Terus Beralasan Kuasa Bubar Parlimen Adalah Agong

Jangan Terus Beralasan Kuasa Bubar Parlimen Adalah Agong

Memang benar, mengikut Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, hanya YDP Agong ada kuasa membubar atau memprorog parlimen.

Alasan inilah yang sering digunakan oleh kluster Putrajaya agar parlimen tidak dibubarkan segera demi untuk melindungi niat sebenar mereka.

Dalam prinsip Raja Berpelembagaan, YDP Agong dalam menjalankan tugas, adalah tertakluk kepada Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.





Cuma dalam 4 teras perlembagaan YDP Agong boleh bertindak tanpa nasihat dari Perdana Menteri dan jemaah menteri:

  1. Kedudukan Raja Raja Melayu
  2. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi
  3. Hak keistimewaan bangsa Melayu
  4. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

YDP Agong hanya boleh memperkenankan pembubaran parlimen SELEPAS mendapat nasihat dari Perdana Menteri.

Sudahkah Ismail Sabri Nasihatkan YDP Agong Untuk Bubarkan Parlimen?

Sekarang ini persoalannya, sudahkah Perdana Menteri menasihati YDP Agong untuk membubarkan parlimen?

Fakta menunjukkan, sejak kejatuhan Pakatan Harapan sehingga ke hari ini, YDP Agong tidak pernah dinasihatkan untuk bubar parlimen.

Dr Mahathir mengadap YDP Agong untuk meletak jawatan.





Beliau menasihati YDP Agong supaya peralihan kuasa dilakukan dengan menentukan sokongan ahli parlimen ke atas bakal Perdana Menteri.

Ianya sebagaimana yang tercatat di dalam Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Maka YDP Agong telah melantik Mahiaddin Md Yasin yang ketika itu diyakini baginda mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Dan ketika Mahiaddin meletak jawatan kerana sudah tiada sokongan majoriti, sekali lagi YDP Agong tidak dinasihatkan untuk bubar parlimen.

Mahiaddin menasihati YDP Agong supaya melantik Ismail Sabri yang diyakini mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.





Maka sekali lagi peralihan kuasa dilakukan dengan surat Akuan Bersumpah ahli parlimen.

Dan kini, kluster Putrajaya memainkan isu yang sama dengan cuba menyembunyikan niat sebenar mereka ke atas bahu YDP Agong.

Soalan Edisi Siasat kepada kluster Putrajaya dan juga Ismail Sabri, sudahkah YDP Agong dinasihatkan untuk bubar parlimen?

Sekiranya belum, janganlah cuba beralasan lagi.

Ismail Sabri perlu nasihatkan YDP Agong untuk bubarkan parlimen dan dengan kebobrokan politik semasa, Edisi Siasat yakin, YDP Agong pasti akan bubarkan parlimen.





 

Jangan Terus Beralasan Kuasa Bubar Parlimen Adalah Agong

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker