Jakarta perluaskan peraturan ganjil-genap

Jakarta perluaskan peraturan ganjil-genap
Kerajaan provinsi Jakarta, Indonesia memperluaskan zon ganjil-genap kepada 25 berbanding 16 sebelum ini, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. – Foto BERNAMA

Jakarta perluaskan peraturan ganjil-genap

JAKARTA: Kerajaan provinsi Jakarta, Indonesia memperluaskan zon ganjil-genap kepada 25 berbanding 16 sebelum ini, berkuat kuasa semalam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Peraturan itu mengehadkan akses ke kawasan tertentu kepada kenderaan persendirian dengan angka terakhir nombor plet sama dengan tarikh semasa.

Tinjauan Bernama di Jalan Pramuka, Jakarta Timur pada 5 petang, trafik sesak tetapi sebilangan besar kenderaan persendirian yang mempunyai nombor plet genap.

Waktu operasi ganjil-genap bermula 6 hingga 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dan 4 hingga 8 pagi WIB, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali hujung minggu dan cuti umum.





Penduduk bandar terbesar di Asia Tenggara itu bergelut masalah kesesakan lalu lintas yang teruk sejak sekatan COVID-19 semakin berkurangan, memaksa rakyat memilih menggunakan teksi motosikal.

Pegawai penguat kuasa melaporkan masih ramai yang tidak mengambil berat dengan peraturan itu dan amaran sudah diberikan.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan penalti sehingga 500,000 rupiah atau denda RM150. – BERNAMA

IQBAL MAHU CARI RUMAH DI JAKARTA HARGA RM4 JUTA





Jakarta perluaskan peraturan ganjil-genap


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Shafie Apdal Dedahkan Muhyiddin Dalang Usaha Tumbangkan Ismail Sabri





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker