JASMIN HAMID – ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT

"SYUKUR SAYA TAK ADA PENYAKIT LAIN..." -

JASMIN HAMID - ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT

JASMIN HAMID – ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT

Pelakon Jasmin Hamid yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan ramai akibat serangan jantung itu dilihat semakin ceria apabila membuat siaran langsung di TikTok sekitar tengah malam semalam, sekaligus membuatkan netizen menarik nafas lega.

Tambah menarik, Jasmin membuat siaran langsung berkenaan bersama pelawak, Farouk Hussein. Menerusi siaran langsung itu, Jasmin menjelaskan kesihatannya semakin baik dan pada masa sama bersyukur apabila dia tidak mempunyai penyakit lain.

“Alhamdulillah makin sihat, syukur saya tak ada penyakit lain macam darah tinggi ke, kencing manis, gout. Kalau korang ada tips dan petua untuk pesakit jantung, kongsi-kongsi lah,” katanya.





JASMIN HAMID - ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai yang meluahkan rasa syukur mereka apabila pelakon tersebut semalin ceria dan bertenaga. Selain rancak berkongsi pelbagai petua untuk sakit jantung, ramai juga netizen terhibur dengan gelagat Jasmin yang semakin kelakar.

Terdahulu, menerusi Instagram Jasmin, suaminya Nazmir Abd Rahim memuat naik status di Instagram yang memberitahu isterinya dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.

Nazmir bagaimanapun memberitahu bahawa Jasmin berada dalam keadaan stabil dan tidak ditidurkan. Selepas hampir seminggu berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan Jasmin Hamid akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.

SUAMI JASMIN HAMID ENGGAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG?





JASMIN HAMID – ALHAMDULILLAH MAKIN SIHAT


Disyorkan Untuk Anda :

 

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Shafie Apdal Dedahkan Muhyiddin Dalang Usaha Tumbangkan Ismail Sabri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker