PAS Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 DUN Sekiranya PRU 15 Tahun Ini

PAS Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 DUN Sekiranya PRU 15 Tahun Ini

PAS Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 DUN Sekiranya PRU 15 Tahun Ini

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad memaklumkan PAS tidak akan membubarkan 3 DUN sekiranya PRU 15 diadakan tahun ini.

3 DUN tersebut ialah DUN Kedah, DUN Kelantan dan DUN Terengganu yang berada di bawah pentadbiran PAS sejak PRU 14.

“Kita nak tumpu kepada habiskan penggal dan kita tumpu kepada sosioekonomi rakyat yang makin tertekan”.





“Ini yang kita nak sebab politik sudah agak stabil, ekonomi pun sudah agak baik,” jelas Idris.

Persoalannya, kita sudah menjalani 14 siri pilihanraya umum sejak merdeka.

14 kali parlimen dibubarkan dan PAS sebelum ini tidak ada masalah untuk bubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen.

Apakah sebelum ini PAS tidak memikirkan tentang masalah ekonomi dan rakyat dalam negeri pentadbiran mereka apabila bubarkan DUN?

Kenyataannya ialah PAS takut kehilangan negeri di bawah pentadbiran mereka lebih awal.





Lebih 30 dekad PAS menguasai Kelantan, namun Kelantan tetap menjadi negeri termundur di Malaysia.

Malah selepas 3 dekad, Kerajaan PAS sehingga kini masih tidak mampu menyelesaikan masalah air paip di Kelantan.

Satu persatu tembelang PAS di Kelantan dan Terengganu telah terbongkar dan rakyat hanya menunggu pilihanraya untuk menghukum PAS.

Manakala di Kedah pula, rakyat sudah meluat dengan perangai badut Menteri Besar Kedah.

Inilah alasan sebenar mengapa PAS merasa cukup takut untuk menghadapi pilihanraya, sama ada pilihanraya negeri mahu pun pilihanraya umum.





 

PAS Gunakan Alasan Rakyat Untuk Tidak Bubarkan 3 DUN Sekiranya PRU 15 Tahun Ini

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker