Ismail Sabri Akan Buat Kesilapan Besar Sekiranya Bubar Parlimen Selepas Bajet 2023

Ismail Sabri Akan Buat Kesilapan Besar Sekiranya Bubar Parlimen Selepas Bajet 2023

Ismail Sabri Akan Buat Kesilapan Besar Sekiranya Bubar Parlimen Selepas Bajet 2023

Hakikat yang mesti disedari oleh akar umbi dan kepimpinan UMNO ialah semakin lama ditangguh PRU 15, peluang UMNO semakin tipis.

Ini hujahnya:

  1. ‘Feel good factor’ yang menyebelahi BN/UMNO akan semakin terhakis dan akan digantikan dengan kemarahan rakyat.
  2. Mood kemenangan bergaya di PRN Melaka dan PRN Johor semakin pudar.
  3. Rakyat akan mula melupakan beberapa keputusan positif yang dibuat oleh Ismail Sabri, antaranya tidak mewajibkan dos penggalak Covid-19, membenarkan pengeluaran KWSP.

Kemuncak krisis ekonomi dan makanan ekoran dari pandemik Covid-19 dijangka akan melanda dunia mulai Oktober 2022.





Perang Ukraine-Rusia dijangka akan burukkan lagi keadaan.

Ini ditambah pula dengan keadaan pemanasan global sehingga mencetuskan strok haba di beberapa negara pengekspot utama makanan dunia.

Perang Ukraine-Rusia akan menjejaskan perdagangan makanan dunia dan pemanasan global akan membuatkan dunia kekurangan makanan.

Hampir 90% makanan di Malaysia adalah diimpot dari luar negara.

Kekurangan bekalan makanan dan kesukaran laluan perdagangan makanan akan membuatkan harga melonjak naik.





Memburukkan keadaan adalah nilai ringgit yang semakin lemah.

Akibatnya, harga makanan bukan sahaja melambung naik tetapi juga sukar diperolehi.

Ismail Sabri Akan Buat Kesilapan Besar Sekiranya Bubar Parlimen Selepas Bajet 2023

Sekiranya Ismail Sabri mahu membubarkan parlimen selepas Bajet 2023 yang dijangka bulan Oktober, PRU 15 hanya boleh diadakan sewalnya bulan April 2023.

Bulan November hingga bulan Mac sudah pasti tidak boleh dibuat PRU 15 kerana musim tengkujuh.

Ini bermaksud, rakyat akan dibiarkan dalam penderitaan sehingga bulan Mac.





Inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pihak lawan.

Penderitaan rakyat yang berpanjangan akan bertukar menjadi kemarahan dan kemarahan yang berpanjangan akan menjadi dendam.

Jangan kita lupa bagaimana sekarang ini rakyat berdendam kepada Pakatan Harapan kerana telah menyiksa hidup rakyat selama 22 bulan.

Ianya kemudian diteruskan oleh Perikatan Nasional.

Benar di dalam Perikatan Nasional ada BN dan PAS, tetapi kemarahan rakyat ditujukan kepada PPBM kerana Perdana Menteri Perikatan Nasional adalah dari PPBM.





Mahukah kita perkara yang sama berlaku kepada Kerajaan Keluarga Malaysia?

Ismail Sabri mesti bubarkan parlimen sekarang.

Sementara dendam rakyat masih lagi kepada PH dan PN dan ‘feel good factor’ masih berada pada BN, jangan ditangguhkan PRU 15.

 

Ismail Sabri Akan Buat Kesilapan Besar Sekiranya Bubar Parlimen Selepas Bajet 2023

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker