Pegawai tentera laut Indonesia minta AS$375,000 untuk lepaskan kapal tangki

Pegawai tentera laut Indonesia minta AS$375,000 untuk lepaskan kapal tangki
Nord Joy ialah kapal berbendera Panama, sepanjang 183 meter dan boleh membawa sehingga 350,000 tong bahan api. – Foto Vesselfinder.com

Pegawai tentera laut Indonesia minta AS$375,000 untuk lepaskan kapal tangki

SINGAPURA: Pegawai tentera laut Indonesia telah meminta AS$375,000 (RM1.64 juta) untuk membebaskan sebuah kapal tangki bahan api yang mereka tahan minggu lalu kerana berlabuh secara haram di perairan Indonesia di luar Singapura, kata dua orang yang terbabit dalam rundingan berhubung pembayaran tidak rasmi itu.

Insiden itu berlaku selepas Reuters melaporkan berpuluh penahanan sama tahun lalu.

Dalam kes terbabit, pemilik kapal masing-masing membuat bayaran tidak rasmi kira-kira AS$300,000 (RM1.32 juta) dan kapal yang ditahan oleh tentera laut Indonesia di timur Singapura telah dibebaskan.

Kapal tangki Nord Joy dinaiki oleh anggota tentera laut bersenjata pada 30 Mei ketika berlabuh di perairan Indonesia di sebelah timur Selat Singapura, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia, kata dua sumber keselamatan itu.





Diminta mengulas sama ada pegawai tentera laut telah meminta AS$375,000 (RM1.64 juta) untuk membebaskan Nord Joy, jurucakap tentera laut Indonesia, Julius Widjojono, berkata: “Ia adalah dilarang sama sekali.”

Beliau tidak menjawab permintaan untuk butiran lanjut.

Widjojono mengesahkan anggota tentera laut telah menahan Nord Joy kerana disyaki berlabuh di perairan Indonesia tanpa permit, melanggar hak laluan laut Indonesia dan belayar tanpa bendera negara.

“Maklumat awal ialah (kes) masih dalam proses siasatan awal di pangkalan tentera laut Batam,” katanya.

Di bawah undang-undang Indonesia, berlabuh tanpa permit membawa hukuman maksimum penjara setahun bagi kapten kapal dan denda 200 juta rupiah (RM60,813), kata Widjojono.





Tentera laut Indonesia pada November berkata, terdapat peningkatan dalam bilangan tahanan kerana berlabuh tanpa kebenaran, menyimpang dari laluan pelayaran atau berhenti di tengah-tengah pelayaran untuk jangka masa yang tidak munasabah.

Kapal sama ada dibebaskan kerana bukti tidak mencukupi atau kes diproses melalui mahkamah Indonesia dan tiada bayaran dibuat kepada tentera laut atau kakitangannya, kata tentera laut.

Nord Joy ialah kapal berbendera Panama, sepanjang 183 meter dan boleh membawa sehingga 350,000 tong bahan api.

Reuters tidak dapat menentukan siapa pemilik kapal itu.

Synergy Group, syarikat yang berpangkalan di Singapura yang menguruskan Nord Joy, tidak menjawab soalan mengenai dakwaan permintaan kakitangan tentera laut untuk bayaran tidak rasmi.





Synergy dalam satu kenyataan memberitahu Reuters bahawa Nord Joy berlabuh dalam kedudukan yang dianggap bersih dari perairan wilayah Indonesia pada 26 Mei dan pada 30 Mei, tentera laut Indonesia menaiki kapal itu dengan mendakwa ia berada dalam wilayahnya.

Synergy berkata, ia bekerjasama dengan tentera laut, peguam dan ejen tempatan untuk menyelesaikan isu itu.

Nord Joy diiringi oleh kapal tentera laut ke pelabuhan berhampiran Batam, sebuah pulau 32 kilometer di selatan Singapura yang menempatkan pangkalan tentera laut, kata dua sumber itu kepada Reuters.

Nakhoda kapal tangki itu dibawa ke pangkalan dan diberitahu oleh pegawai tentera laut untuk mengatur pembayaran AS$375,000 (RM1.64 juta) atau berpotensi kehilangan pendapatan berbulan-bulan jika kes itu melalui mahkamah, kata sumber itu. – REUTERS

JOY REVFA TAK AKAN GANGGU SUAMI, TUNANG ATAU BOYFRIEND ORANG





Pegawai tentera laut Indonesia minta AS$375,000 untuk lepaskan kapal tangki


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mungkinkah Isham Jalil Akan Gantikan Shahril Hamdan Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia?





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker