Polis cari Aimay bantu kes wanita hamil ditembak di perut

Polis cari Aimay bantu kes wanita hamil ditembak di perut

Polis cari Aimay bantu kes wanita hamil ditembak di perut

PASIR MAS: Polis mengesan seorang lelaki yang juga saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan wanita hamil yang ditemui dengan kesan tembakan pada perut dalam sebuah kereta di Kampung Repek, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata suspek dikenali sebagai Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, berusia 21 tahun dan berasal dari Kampung Pak Jak, di sini.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek yang digelar ‘Aimay’, diminta membuat laporan di balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-9405819.





Menurutnya, kerjasama orang ramai amat dihargai dalam membantu mencari saksi berkenaan bagi menyelesaikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan cemburu ialah antara motif sedang disiasat polis berhubung kejadian menimpa mangsa, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang mempunyai tiga anak daripada perkahwinan pertama dan baru bercerai dengan suami keduanya pada Februari lalu.

Akibat tembakan pada mangsa, bayi dalam kandungannya turut meninggal dunia. Susulan kejadian itu, seorang daripada bekas suaminya ditahan bagi membantu siasatan.

JANNA NICK AKUI PERNAH TERFIKIR JALANI PEMBEDAHAN BARIATRIK (POTONG PERUT)





Polis cari Aimay bantu kes wanita hamil ditembak di perut


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Mungkinkah Isham Jalil Akan Gantikan Shahril Hamdan Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia?





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker