Penganalisis Politik Gesa PRU 15 Di Adakan Segera

Penganalisis Politik Gesa PRU 15 Di Adakan Segera

Penganalisis Politik Gesa PRU 15 Di Adakan Segera

Teka teki mengenai bila parlimen akan dibubar dan bila PRU 15 akan diadakan masih belum ada kepastian hingga kini.

Tetapi bukan saja rakyat marhaen menggesa agar PRU 15 diadakan segera malah penganalisa politik juga mempunyai pendapat yang sama.

Mereka berpendapat, walau pun beberapa pihak mempunyai justifikasi berbeza mengenai isu ini tetapi faktor kekangan adalah faktor utama.





Profesor Madya Dr Azmi Hassan berkata 2 faktor yang mendesak supaya PRU 15 perlu diadakan segera.

Pertama ialah faktor kestabilan politik dan kedua ialah faktor ekonomi.

Bagi UMNO, apabila kerajaan yang dibentuk nanti stabil maka ia dapat membentuk dasar untuk menangani krisis ekonomi.

Satu lagi naratif yang tidak mahu diadakan PRU segera adalah supaya kerajaan dapat tumpukan perhatian menangani krisis ekonomi.

Persoalannya, adakah kita percaya kerajaan sekarang mampu tangani krisis ekonomi sehinga ekonomi kembali pulih?





Beliau berpendapat ada kemungkinan sehingga tahun hadapan pun, ekonomi tidak pulih.

Ini adalah kerana perang Ukraine-Rusia masih tidak nampak kesudahannya.

“Yang terbaik adalah kita mengadakan pilihan raya jika tiada kekangan”.

“Kekangan ekonomi tidak ada sekarang, kekangan politik saja ada,” jelad Dr Azmi.

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, jika PRU mahu diadakan tahun ini, waktu sesuainya adalah pada Ogos dan September.





“Isunya bukan bila, tapi kesesuaian diadakan PRU”.

“Ia bergantung kepada sama ada parti memerintah mampu menang dan menang selesa dalam PRU”.

“Itu lagi penting,” katanya.

 

Penganalisis Politik Gesa PRU 15 Di Adakan Segera

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker