2 maut, 3 cedera kereta terbabas langgar tiang jejantas

2 maut, 3 cedera kereta terbabas langgar tiang jejantas
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam Toyota Hilux yang terbabas dan merempuh tiang jejantas di susur masuk ke Taman Damansara Aliff di lebuh raya Pasir Gudang, pagi tadi. Foto ihsan bomba.

2 maut, 3 cedera kereta terbabas langgar tiang jejantas

JOHOR BAHRU: Dua maut, manakala tiga yang lain cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang – Taman Damansara Aliff di sini, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan, Wan Nor Affendi Wan Yusoff, berkata Charles Anak Singgai, 24, dan Rizky Ahmad Hua Abdullah, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di bahagian penumpang, manakala seorang lagi dilaporkan tercampak keluar daripada kenderaan.

Beliau berkata, mangsa yang cedera iaitu Douglas Anak Martin, 29; Kareno Anak Esang, 39, dan Andy Mieky Anak Bunyah, 22, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut.

Katanya, semua mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke Perling.





“Sembilan anggota digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 6.39 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat selesai pada jam 7.55 pagi. – BERNAMA

2 kanak-kanak maut motosikal langgar tiang elektrik





2 maut, 3 cedera kereta terbabas langgar tiang jejantas


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker