Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung

Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu

Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung

KUANTAN: Seorang peniaga berdepan detik cemas selepas anak lelakinya dilarikan oleh seorang penganggur yang mencuri keretanya di Felda Hilir Satu di sini, yang didakwa mahu digunakan untuk pulang ke kampung.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, bagaimanapun berkata kanak-kanak berusia sembilan tahun itu, diturunkan di tepi Jalan Kuantan-Maran dan diambil oleh ibunya yang mengejar kereta Perodua Alza miliknya itu, dengan menaiki kereta kawannya.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang semalam, ketika mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik didakwa mengikut ibunya berusia 34 tahun ke rumah rakannya di Felda itu, dan ditinggalkan dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin selama beberapa minit.

“Ibu mangsa mendakwa jiran rakannya memaklumkan kereta itu telah dilarikan seorang lelaki, menyebabkan mereka bergegas mengejar suspek.





“Suspek telah menurunkan kanak-kanak itu beberapa kilometer dari lokasi kejadian dan terus melarikan kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja itu, akhirnya berjaya ditahan oleh pasukan kereta peronda polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, melarikan kereta itu, kerana mahu pulang ke kampung di Mentakab, Temerloh.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Pingat Piala Dunia antara barangan Pogba dilarikan pencuri





Cemas anak dilarikan penganggur curi kereta mahu balik kampung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker