JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

TIDAK PERNAH MEMBEZA-BEZAKAN KASIH SAYANG

JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

“Saya serahkan kepada Allah. Saya tak boleh buat apa. Kuasa pada mak dia. Saya tak nak bergaduh, nanti anak yang susah. Jadi saya serahkan kepada dia untuk uruskan. Saya sudah bersembang dan berbual dengannya.

“Saya pun ada terbabit dengan rakaman sebuah program pencarian bakat dengan Zaki. Selepas dia menerima tawaran program tersebut kami ada hubungan. Kami ada buat rakaman video untuk rancangan tersebut. Jadi rasanya tidak perlulah saya komen banyak tentang isu ini,” kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 63, yang tidak berdepan masalah mengenai hubungan dengan anaknya termasuk isu dia dihalang bekas isteri berjumpa Zaki Yamani.

Hubungan antara Jamal dan anaknya, Zaki Yamani sudah kembali jernih apabila raja pop itu memberitahu mereka sudah berhubung dan menjayakan sebuah program realiti bersama.





Jamal berkata, dia enggan membesarkan lagi masalah dalaman keluarganya berikutan ia bukan sesuatu yang baik untuk dikongsikan kepada umum. Jamal ketika ditanya mengenai dakwaan itu berkata, dia akur dan menyerahkan aturan itu kepada bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad.

JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

Sebelum ini, salah faham tercetus selepas Zaki meluahkan rasa rindu apabila sudah enam tahun tidak beraya dengan bapanya. Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercerai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu dia sentiasa menitikberatkan perhatian terhadap setiap anak-anaknya. Malah, dia sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan mereka dalam hidupnya. Sementara itu, Jamal menegaskan dia tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara semua anak-anaknya.

 






Disyorkan Untuk Anda :


 

“Bila-bila masa, kalau nak duduk dengan saya, tak apa. Saya memang sudah sediakan semua. Jadi, tiada isulah saya nak terima kasih sayang daripada anak-anak. Saya tak pernah nak beza-bezakan antara anak-anak. Semuanya sama sahaja.

JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK

“Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu semua terpulang kepada ibu mereka. Saya dah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya. Saya sudah siapkan semua harta rumah apabila saya sudah tiada esok. Insya-Allah semua senanglah,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Zaki yang juga penyanyi adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra. Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.





Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu.

YANTZEN GUNA DUIT SUMBANGAN UNTUK SIAPKAN BILIK ANAK & TETAMU DULU

JAMAL ABDILLAH SUDAH SIAPKAN RUMAH UNTUK ANAK-ANAK


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker