Kes cacar monyet lebih sukar dikesan

Kes cacar monyet lebih sukar dikesan
Gambar hiasan

Kes cacar monyet lebih sukar dikesan

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat berkata, kes cacar monyet yang dikesan pada masa ini tidak semestinya menunjukkan simptom biasa dan ia menjadikan penyakit itu lebih sukar untuk dikesan.

Ketua CDC, Rochelle Walensky, menegaskan bahawa adalah penting bagi mengenal pasti kes jangkitan virus itu dengan tepat dan pantas bagi membendung penularan penyakit itu, selain turut menggesa pegawai perubatan dan orang ramai meningkatkan n kewaspadaan.

“Kita melihat jangkitan cacar monyet yang ringan dan kadang-kadang ia hanya berlaku di beberapa tempat di badan dan ia berbeza dengan yang dilihat di negara endemik di wilayah Afrika Tengah dan Barat.

“Ini mencetuskan kebimbangan bahawa sesetengah kes mungkin tidak dikenali atau tidak didiagnosis,” katanya.





Biasanya penyakit itu tidak selalu menunjukkan simptom seperti selesema, demam, sakit badan dan kelenjar bengkak manakala ruam pula biasanya di seluruh badan dan dalam banyak kes, ia terhad kepada kawasan tertentu.

“Adalah penting untuk menyedari bahawa kes cacar monyet mungkin hadir sama dengan seperti beberapa jangkitan seksual, seperti herpes dan boleh disalah anggap sebagai diagnosis lain,” kata Walensky lagi.

Amerika Syarikat kini merekodkan 45 kes, dua kali lebih tinggi daripada minggu lalu, namun tiada kematian dilaporkan. Sehingga kelmarin, kira-kira 1,300 kes dikenal pasti di seluruh dunia.

 


Disyorkan Untuk Anda :


 





Selain itu, Walensky berkata, CDC sedang bekerjasama dengan Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) serta Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid (CMS) untuk mengembangkan kapasiti ujian penyakit cacar monyet.

Beliau berkata, ujian virus itu perlu menjadi sebahagian rutin penjagaan kesihatan.

Pengarah Pusat Keselamatan Kesihatan Johns Hopkins, Dr Tom Inglesby pula berkata, agensi kesihatan negara itu menjalankan kira-kira 300 ujian cacar monyet namun minggu lalu, ia meningkat sebanyak 45 peratus minggu lalu malah perlu dipertingkatkan sekiranya berlaku kenaikan mendadak.

“Ketika ini, tiada ujian yang mencukupi untuk cacar monyet di AS. Makmal komersial digunakan untuk bekerja dengan penyedia penjagaan kesihatan dari seluruh negara, memindahkan sampel dengan cepat, melaporkan keputusan dengan cepat dengan cara yang difahami dan dijangkakan oleh pembekal,” katanya. – AFP

Lebih 200 kes cacar monyet dikesan seluruh dunia





Kes cacar monyet lebih sukar dikesan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker