Lelaki rogol gadis bawah umur hingga mengandung diberkas semula

Lelaki rogol gadis bawah umur hingga mengandung diberkas semula
Gambar hiasan

Lelaki rogol gadis bawah umur hingga mengandung diberkas semula

KLANG: Polis menahan semula seorang lelaki tempatan pagi semalam kerana terbabit dalam kes rogol gadis bawah umur sehingga mengandung dan menyembunyikan kelahiran dalam kejadian kira-kira empat tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata kali pertama suspek ketika itu berusia 23 tahun yang juga teman lelaki mangsa, ditangkap pada 5 Julai 2018 bagi membantu siasatan.

“Selepas siasatan terhadap suspek selesai, dia dibebaskan dengan jamin polis. Kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek tidak dapat dikesan bagi pertuduhan, menyebabkan waran tangkap dimohon daripada pihak Mahkamah dan suspek dijadikan sebagai ‘Orang Dikehendaki’.





“Kira-kira jam 1.30 pagi semalam, suspek berjaya ditangkap, seterusnya dituduh di Mahkamah Sesyen Klang pada hari sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai kes itu, Hoong Fong berkata, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menerima seorang pesakit perempuan warga tempatan berumur 16 tahun pada jam 11.30 malam 18 Jun 2018.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pesakit itu menggugurkan kandungannya pada 12 Jun 2018 di rumahnya di Kampung Delek, di sini.


Disyorkan Untuk Anda :

“Hasil siasatan mendapati mangsa adalah pelajar Tingkatan 4 yang berkenalan dengan seorang lelaki pada September 2017 melalui aplikasi Wechat dan mereka melakukan hubungan seks pada Oktober 2017 di sebuah hotel di bandar ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati, pada April 2018, mangsa mengandung dan bagi menyembunyikan perkara ini daripada ahli keluarga, mangsa mendapat nasihat rakan lain di Wechat untuk mengambil ubat keguguran.





“Pada awal pagi 12 Jun 2018, mangsa mengambil empat biji ubat keguguran diberikan rakannya dan mangsa melahirkan bayi lelaki cukup sifat tetapi tidak bernyawa di dalam tandas rumah pada jam 9 pagi.

“Mangsa kemudian memasukkan bayi itu ke dalam plastik dan membuangnya dalam tong sampah besar di tepi jalan Kampung Delek, Klang iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

“Ketika itu, ahli keluarga mangsa tiada di rumah, namun pada 18 Jun 2018, mangsa mengadu sakit badan kepada ahli keluarganya dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Susulan itu, katanya, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol mangsa berumur 16 tahun dan Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran.

Dalang kes bunuh wanita warga Indonesia diberkas





Lelaki rogol gadis bawah umur hingga mengandung diberkas semula


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker