Mickey minta tempoh bertenang

Mickey minta tempoh bertenang
Faisal Abdul Halim meraikan jaringannya ketika menentang Turkmenistan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Mickey minta tempoh bertenang

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) berhasrat untuk menyambung kontrak pemain sayap lincah, Mohd Faisal Halim bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanapun pemain Harimau Malaya berusia 24 tahun yang lebih mesra dipanggil ‘Mickey’ memohon tempoh ‘bertenang’ kerana mahu memberi fokus terlebih dahulu kepada pasukan negara dalam aksi kelayakan Piala Asia Kumpulan E yang kini sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan barisan kejurulatihan untuk menyambung kontrak pemain kelahiran Pulau Pinang bagi saingan musim depan.

“Kami sudah berbincang dengan barisan kejurulatihan untuk melanjutkan kontrak pemain itu yang bakal berakhir hujung November ini.





“Tapi pemain itu meminta tempoh kerana mahu menumpukan tugas bersama pasukan kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Asia, jadi selepas kejohanan itu berakhir kita akan berbincang dengan pemain itu untuk lanjutan kontrak,” katanya ketika ditemui ketika Majlis Pelancaran Jersi Away terbaru TFC di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, hari ini.

Sementara itu penolong jurulatih TFC, Hairuddin Omar mengharapkan Mickey yang mula menyarung jersi skuad Penyu sejak musim lalu terus bersama pasukan musim depan kerana pemain itu antara nadi skuad musim ini.

“Kita sudah berbincang dengan pihak pengurusan mengenai lanjutan kontrak Faisal kerana dia pemain penting pasukan, kini terpulang kepada perbincangan antara pengurusan dan Mickey.

“Tapi kita harapkan rundingan itu bakal berakhir dengan keputusan yang positif bagi memastikan perancangan pasukan musim depan berjalan dengan lancar,” katanya.

Mickey sedia terima tawaran kelab luar negara





Mickey minta tempoh bertenang


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker