Nahas 4 maut: Wira Aeroback dipandu lawan arus

Nahas 4 maut: Wira Aeroback dipandu lawan arus
SHAH ALAM: Pemandu Proton Wira Aeroback yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 12.8, Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) pagi tadi, dipercayai memandu secara melawan arus.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu apabila Proton Wira Aeroback dipandu secara melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Klang oleh pemandu berumur 28 tahun.
“Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandunya bertembung Proton Wira Sedan yang dipandu seorang lelaki bersama seorang penumpang lelaki dan dua penumpang wanita.
ADVERTISEMENT
Ads by
“Kedua-dua pemandu kereta serta dua penumpang Proton Wira Sedan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang penumpang Proton Wira Sedan parah. Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya.



Dalam kenyataan hari ini, Mohd Iqbal berkata, siasatan mendapati, kesemua mangsa yang menaiki Proton Wira Sedan adalah rakan dan dipercayai hendak ke Pulau Pinang.
“Menurut waris pemandu Proton Wira sedan, mangsa hendak ke Pulau Pinang tetapi tidak pasti mengapa mangsa berada di kawasan Shah Alam. Siasatan juga mendapati, pemandu serta dua penumpang itu beralamat di Negeri Sembilan manakala seorang lagi beralamat di Kuala Lumpur,” katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 014-8066744.
Nahas 4 maut: Wira Aeroback dipandu lawan arus
Disyorkan Untuk Anda :
- Mungkinkah Isham Jalil Akan Gantikan Shahril Hamdan Sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia?
- Penganalisis Politik Gesa PRU 15 Di Adakan Segera
- Apa Perkembangan Siasatan Nazlan Yang Sudah SPRM Serahkan Kepada Peguam Negara?
- Penyelesaian Canggih Dr Maza Selesaikan Isu Bon Odori
- Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.