Pasukan EPL mula ‘beli-belah’

Pasukan EPL mula 'beli-belah'
Darwin Nunez menjadi buruan banyak kelab EPL

Pasukan EPL mula ‘beli-belah’

LONDON: Jendela perpindahan sudah dibuka secara rasmi dan tumpuan akan terarah kepada Newcastle yang dijangka berbelanja besar untuk memperkuat pasukannya.

Sebanyak RM6 bilion dibelanjakan pada musim panas lalu oleh pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) – itu jumlah perbelanjaan terendah sejak 2015 namun angka itu akan dipecahkan selepas melihat petanda pasukan akan berbelanja besar.

Newcastle yang berbelanja paling banyak pada Januari lalu pasti membuatkan Pep Guardiola dan Jurgen Klopp tidak senang duduk sementara pasukan lain hanya mampu menjadi ‘pemerhati’.

Selepas berbelanja RM505 juta pada Januari lalu, Newcastle dijangka akan terus melabur untuk mendapatkan lebih ramai pemain termasuklah menyasarkan Darwin Nunez.





Namun Nunez kian hampir menyertai Liverpool sebagai tindak balas kepada tindakan Manchester City yang berjaya mendapatkan Erling Haaland pada harga RM282 juta.

Liverpool pula perlu bersedia dengan kehilangan Sadio Mane yang bakal menyertai Bayern Munich sementara masa depan Mohamed Salah masih samar namun kemasukan Nunez akan membantu The Reds terus mencabar City pada musim depan.

Persoalannya mengenai kemampuan pasukan lain untuk mencabar dua pasukan terbaik di EPL itu.

Chelsea kian lemah selepas kehilangan Antonio Rudiger yang menyertai Real Madrid dan sekalipun pemilik baharu, Todd Boehly akan mengeluarkan dana namun jiran tetangganya, Tottenham terlebih dahulu ‘membeli-belah’.

Antonio Conte mendapat sokongan daripada Danial Levy dan Conte tampaknya belum cukup dengan kehadiran Ivan Perisic.





Arsenal yang terlepas slot ke Liga Juara Juara musim depan mensasarkan penyerang City, Gabriel Jesus untuk membantu mereka kembali dalam kelompok empat teratas.

Manchester United yang bakal dikendalikan Erik Ten Hag berdepan tugas besar dan sebab itulah tiada yang menjangkakan mereka untuk menjadi pencabar pada musim depan.

Saingan EPL musim baharu akan membuka tirainya pada 6 Ogos nanti.-AGENSI

Nunez bantu Benfica singkir Ajax





Pasukan EPL mula ‘beli-belah’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor





 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker