Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung

Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung
Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. – Foto NSTP/Rosli Ilham

Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung

CHUKAI: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Iswara yang dnaiki bersama isteri dan dua anaknya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 113, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Padang Kubu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, Mazlan Daud, 55, yang parah pada bahagian dada disahkan meninggal di tempat kejadian.

Isteri mangsa, Siti Mahana Teh Ibrahim, 51, patah kaki kanan manakala dua anak perempuannya, Arina Jumaat, 23, dan Siti Sofrina Mazlan, 12, hanya cedera ringan.

Ketika kejadian, mangsa sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan selepas menghadiri kenduri perkahwinan saudara mereka di Wakaf Tapai.

Kereta yang dinaiki mangsa dari arah Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS itu dikatakan, bertembung di situ dengan kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.





Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat AMBS, Penolong Penguasa Bomba, Zul Husni Abdul Rahman berkata, pihaknya terima panggilan kira-kira jam 8.18 malam bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang penumpang wanita serta dua kanak-kanak perempuan yang cedera telah dikeluarkan orang awam.

“Anggota kami mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan pemandu kereta terbabit yang tersepit di tempat duduk.

“Bagaimanapun,pemandu pacuan empat roda terbabit tidak cedera dan kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya.

Zul Husni berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.





Tiga maut, empat cedera akibat nahas

Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor

 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker