Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba

Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba

Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba

Apabila suhu sekeliling melebihi 37°C, kita akan menghadapi fenomena strok haba.

Apa yang dikatakan strok haba dan mengapa suhu yang melebihi 37°C dan apa kesannya kepada manusia dan hidupan lain?

Strok haba berlaku apabila berlaku peningkatan suhu badan dengan cepat sehingga melebihi 40°C.





Suhu badan yang yang normal bagi manusia adalah di antara 36°C hingga 37.5°C.

Pada kebiasaannya suhu badan manusia akan akan lebih tinggi sekitar 2°C hingga 4°C berbanding suhu sekeliling.

Apabila suhu sekeliling meningkat sehingga 37°C, secara tidak langsung suhu badan kita akan menjadi 40°C hingga 41°C.

Pada ketika inilah kita akan mengalami strok haba.

Antara symptom strok haba adalah:





  1. Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
  2. Denyutan jantung menjadi cepat
  3. Pernafasan cepat dan pendek
  4. Tekanan darah menurun
  5. Badan kering dan panas
  6. Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
  7. Rasa kepala berpusing
  8. Pening
  9. Rasa mual
  10. Sawan atau pengsan
Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba

Walau pun Jabatan Meteorologi meramalkan suhu di Malaysia dijangka tidak melebihi 40°C, namun peningkatan suhu di beberapa negara perlu dijadikan peringatan.

Di India, suhu maksima yang dicatatkan hampir mencecah 50°C!!!

Jumlah burung yang jatuh dari udara akibat dari kepanasan mencecah hingga 80 hingga 90 ekor sehari.

Di New York, seorang pelari marathon mati, manakala 15 yang lain parah selepas diserang strok haba.

Walau pun suhu tertinggi yang dicatatkan di New York hanya 30°C, namun risiko diserang strok haba di sana sama seperti suhu 37°C di sini.





Ini adalah kerana kelembapan udara di New York adalah jauh lebih rendah dan keadaan ini mempercepatkan serangan strok haba.

Edisi Siasat menyarankan agar kita semua mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan dari terkena serangan strok haba:

  1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 ke 4 liter sehari
  3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Namun sekiranya berhadapan dengan serangan strok haba ke atas ahli keluarga atau rakan-rakan, lakukan rawatan asas seperti berikut:

  1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  3. Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  4. Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  5. Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  6. Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  7. Rendam mangsa di dalam kolam air
  8. Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  9. Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Sila kongsikan semuga bermunafaat dan menjadi panduan kepada yang lain dalam menghadapi musim panas yang melanda dunia.

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker