Amaran hujan lebat di 12 negeri, 1 sungai catat paras bahaya
Amaran hujan lebat di 12 negeri, 1 sungai catat paras bahaya
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan 12 negeri dan wilayah, meningkat berbanding hanya lima negeri tengah hari tadi.
Dalam satu kemas kini terbaharu di media sosial MET Malaysia, amaran yang dikeluarkan pada jam 4.35 petang itu membabitkan 47 daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak, selain seluruh Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan semua daerah dan negeri itu dijangka berterusan sehingga jam 6 petang hari ini.
Selain itu, amaran ribut petir dan hujan lebat di enam daerah iaitu Sik, Kedah; Lipis, Temerloh dan Maran, Pahang; serta Kulai dan Johor Bahru, Johor pula dijangka berlarutan hingga jam 7 malam.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi portal MET Malaysia di met.gov.my, atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.
Sementara itu, portal Public Infobanjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan satu sungai di Terengganu mencatatkan peningkatan paras air melepasi paras bahaya ketika ini.
Setakat jam 4.55 petang tadi, paras air di stesen Pulau Ilo di Hulu Terengganu mencatatkan bacaan 145.33 meter, dengan pola meningkat, namun tiada hujan direkodkan dalam tempoh satu jam terakhir.
10 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Amaran hujan lebat di 12 negeri, 1 sungai catat paras bahaya
Disyorkan Untuk Anda :
- Penyelesaian Canggih Dr Maza Selesaikan Isu Bon Odori
- Suhu Di Jangka Mungkin Melangkau Suhu Strok Haba
- Muafakat Nasional Tidak Mungkin Menang Di Selangor
- Wajarkah Hukuman Mati Di Mansuhkan?
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB