Beribu dijangka berhimpun di Washington bantah keganasan senjata api

Beribu dijangka berhimpun di Washington bantah keganasan senjata api
Seorang peserta memegang sepanduk semasa membantah keganasan senjata api semasa tunjuk perasaan pada 8 Jun di Washington DC. – Foto AFP

Beribu dijangka berhimpun di Washington bantah keganasan senjata api

WASHINGTON: Beribu-ribu penunjuk perasaan dijangka berhimpun di Washington DC dan seluruh negara hari ini, menggesa penggubal undang-undang meluluskan undang-undang yang bertujuan mengekang keganasan senjata api berikutan pembunuhan beramai-ramai bulan lalu di sebuah sekolah rendah Texas.

Kumpulan keselamatan senjata api, March for Our Lives (MFOL), yang diasaskan oleh pelajar yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai pada 2018 di sebuah sekolah menengah Parkland, Florida, berkata pihaknya merancang lebih daripada 450 perhimpunan hari ini, termasuk acara di New York, Los Angeles dan Chicago.

Perarakan organisasi itu pada 2018 di Washington, beberapa minggu selepas 17 orang terbunuh di Marjory Stoneman Douglas High School di Parkland, membawa ratusan ribu orang ke ibu negara itu untuk mendesak Kongres supaya mengambil tindakan perundangan, walaupun pembangkang Republik menghalang sebarang had baharu ke atas senjata api daripada diluluskan Senat AS.

Acara tahun ini di Washington mempunyai mesej ringkas kepada pemimpin politik, menurut penganjur, ‘Ketiadaan tindakan anda membunuh rakyat Amerika’.





“Kami tidak akan lagi membenarkan anda duduk tanpa berbuat apa-apa, membenarkan orang terus mati,” kata ahli Lembaga Pengarah MFOL, Trevon Bosley, dalam kenyataan emel.

Seorang lelaki bersenjata di Uvalde, Texas, membunuh 19 kanak-kanak dan dua guru pada 24 Mei lalu, kira-kira 10 hari selepas seorang lagi lelaki bersenjata membunuh 10 orang kulit hitam di sebuah kedai runcit Buffalo, New York dalam serangan perkauman.

Tembakan beramai-ramai terbaharu melonjakkan perdebatan berterusan negara berkenaan terhadap keganasan senjata api, walaupun prospek perundangan persekutuan masih tidak menentu.

Antara dasar lain, MFOL menggesa larangan senjata serangan, pemeriksaan latar belakang ‘universal’ bagi mereka yang cuba membeli senjata api dan sistem pelesenan kebangsaan terhadap siapa yang mendaftarkan pemilikan senjata api.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kumpulan perunding Senat dwipartisan berikrar untuk menyelesaikan rundingan, walaupun mereka masih belum mencapai persetujuan.





Usaha mereka tertumpu pada perubahan yang agak sederhana, seperti memberi insentif kepada negeri untuk meluluskan undang-undang ‘bendera merah’ yang membenarkan pihak berkuasa menyimpan senjata daripada individu yang dianggap berbahaya kepada orang lain.

Dewan Perwakilan AS yang dikawal oleh Demokrat Rabu lalu meluluskan set langkah keselamatan senjata api yang menyeluruh, tetapi undang-undang itu tidak mempunyai peluang untuk dibahaskan di Senat, di mana Republikan menentang had senjata api sebagai melanggar hak Pindaan Kedua Perlembagaan AS untuk memiliki senjata.

Penceramah di perhimpunan Washington termasuk David Hogg dan X Gonzalez, iaitu mangsa terselamat insiden Parkland dan pengasas bersama MFOL, Becky Pringle dan Randi Weingarten, presiden dua kesatuan guru AS terbesar dan Yolanda King, cucu kepada pemimpin hak sivil Martin Luther King, Jr Ahli MFOL meluangkan masa kira-kira seminggu untuk bertemu dengan penggubal undang-undang di Washington untuk membincangkan keganasan senjata api. – REUTERS

Beribu penduduk berpindah akibat kebakaran hutan Colorado





Beribu dijangka berhimpun di Washington bantah keganasan senjata api


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker