Juara bertahan badminton 100Plus JET tersingkir

Yap Chun Sin mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan pertama, Au Wei Shan dari Selangor pada saingan separuh akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 di Ipoh, hari ini.

Juara bertahan badminton 100Plus JET tersingkir

IPOH: Juara bertahan, Au Wei Shan dari Selangor menerima tamparan hebat apabila tersingkir di separuh akhir Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 saingan Pusingan Kedua di sini, hari ini.

Pilihan pertama bagi saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun itu terpaksa akur apabila tewas di tangan Yap Chun Sin 21-14, 21-19 dalam aksi yang berlangsung di Akademi Badminton Perak.

“Permulaan permainan saya bermain dengan pantas dan kelihatan dia (Wei Shan) tiada keyakinan dan banyak melakukan kesilapan. Di set kedua saya kekal tenang dan cuba untuk tidak mematikan bola terlalu awal dan tunggu peluang.

“Selepas tewas di suku akhir ketika Pusingan Pertama, saya bekerja keras dan meletakkan sasaran untuk ke final di kejohanan. Saya gembira berjaya merealiasasikannya,” kata Chun Sin.





Chun Sin berpeluang untuk melunaskan dendam di atas kekalahan di tangan Shawn Hiu dari Selangor ketika suku akhir Pusingan Pertama apabila kedua-duanya akan membuat perhitungan di pentas final, esok.

Terdahulu, Shawn mara ke final selepas menewaskan pemain Kuala Lumpur, Jayden Ng Yi Shen 21-18, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

“Saya banyak lakukan kesilapan tetapi tetap cuba untuk cari mata di ruang ruang terbuka dan bermain dengan pelbagai variasi cara perlawanan.

“Keyakinan untuk menang ke atas Chun Sin memang ada tetapi saya perlu lebih tenang kerana dia laju. Saya perlu pastikan dia mengikuti cara permainan saya esok,” kata Shawn.

Sementara itu tiada kejutan dalam sainganseparuh akhir perseorangan perempuan bawah 16 tahun, apabila pilihan pertama dari Selangor, Eng Ler Qi selangkah untuk melakar kejuaraan kedua dalam siri JET 2022.





Ler Qi menang ke atas rakan sepasukan, Shan Lee Yu 21-10, 21-13 dalam masa 28 minit.

“Saya bermain dengan lebih agresif dan keluarkan permainan yang saya ada. Untuk final esok saya akan tetap bermain dengan agresif dan cuba kekal tenang. “Ada rasa tekanan untuk final tetapi saya perlu pastikan diri saya tenang sepanjang perlawanan esok,” kata Ler Qi.

Ler Qi akan berdepan pemain kelahiran Melaka, Shaneesa Shahidi yang menang ke atas pemain Kelantan Yeap Phoi Lin 21-8, 21-18.

Bagi aksi beregu lelaki bawah 16 tahun peringkat separuh akhir menyaksikan pilihan pertama dari Kelantan, Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid-Muhd Dennes Yusnunle gagal melangkah ke final selepas tewas kepada gandingan tuan rumah, Loh Chee Kiat-Rex Ng Man Hei 21-18, 21-18.

Chee Kiat-Man Hei akan berdepan rakan sepasukan, Fan Jing Xuan-Muhd Al-Imran Jasni yang menundukkan Clarence The Yuan Hong-Lim Xian Yang (Melaka) dengan kemenangan 21-19, 21-17.





Aksi final beregu wanita pula membabitkan dua beregu Selangor iaitu pilihan pertama, Eng Ler Qi-Shan Lee Yu dan pilihan kedua, Chow Hui Er-K Reesha.

Ler Qi-Lee Yu menang ke atas rakan sepasukan, Kalishvaran Nilasha-Sheyeon Wong E-Shwen 21-9, 21-4 manakala Hui Er-Reesha menundukkan Hoo Jia Ning-Shaneesha Shahidi dari Melaka 21-18, 22-20

Malaysia jadi ‘lauk’ Laos, tersingkir Kejuaraan B-23 AFF

Juara bertahan badminton 100Plus JET tersingkir


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker