Maghribi haramkan tayangan filem ‘Lady of Heaven’

Keputusan CCM dibuat beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi, pihak berkuasa agama tertinggi kerajaan itu, mengutuk filem itu.   Menurut kenyataan majlis ulama itu, kandungan filem berkenaan adalah pemalsuan terang-terangan mengenai fakta sejarah Islam.  Filem dikeluarkan di Britain pada 3 Jun lalu tetapi selepas protes daripada umat Islam di luar pawagam, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld, membatalkan semua tayangan.  Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq adalah antara negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama. - AFP
Foto hiasan

Maghribi haramkan tayangan filem ‘Lady of Heaven’

RABAT: Maghribi mengharamkan filem British mengenai kisah kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah az-Zahra, yang turut mendapat bantahan umat Islam di beberapa negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama.

Filem ‘The Lady of Heaven’ tidak akan menerima lesen untuk ditayangkan di negara itu, kata Pusat Sinematografi Maghribi (CCM) dalam satu kenyataan.

Keputusan CCM melarang filem arahan Eli King, daripada ditayangkan sama ada atas dasar komersial atau budaya di negara ini.

Drama itu didakwa sebagai filem pertama mengenai kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah az-Zahra, dan menarik hubungan antara kumpulan Negara Islam pada abad ke-21 dan tokoh sejarah dalam Islam Sunni.





Keputusan CCM dibuat beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi, pihak berkuasa agama tertinggi kerajaan itu, mengutuk filem itu.

Menurut kenyataan majlis ulama itu, kandungan filem berkenaan adalah pemalsuan terang-terangan mengenai fakta sejarah Islam.

Filem dikeluarkan di Britain pada 3 Jun lalu tetapi selepas protes daripada umat Islam di luar pawagam, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld, membatalkan semua tayangan.

Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq adalah antara negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama. – AFP

Sri Lanka haramkan baja tercemar dari China





Maghribi haramkan tayangan filem ‘Lady of Heaven’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Terbongkar Gopal Sri Ram Juga Tersenarai Sebagai Penerima Dana 1MDB





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker